Bonus Blackberry Internet Services (BIS) Hotlink Tamat 31 Julai 2011

Bonus Blackberry Internet Services Hotlink Tamat 31 Julai

Berita buruk untuk semua pengguna prabayar perkhidmatan Blackberry Internet Services (BIS) bagi operator Hotlink (Maxis)! Hotlink mengumumkan melalui laman web mereka bahawa BIS Bonus yang bernilai RM0.70 sehari atau RM20 sebulan akan ditamatkan pada 31 Julai 2011.

Ini bermaksud, pengguna Hotlink perlu membayar RM98 sebulan, RM28 seminggu atau RM2.50 sehari jika terus berminat melanggan perkhidmatan BIS daripada Hotlink. Berita ini sedikit sebanyak mempengaruhi pengguna Blackberry dalam kalangan pelajar kerana perlu membayar RM98 jika melanggan pakej ini. Maxis Telecommunication yang sebelum ini mengumumkan bahawa sumber pendapatan mereka adalah daripada perkhidmatan data.

P/S – BB Torch for sale!

Comments

8 responses to “Bonus Blackberry Internet Services (BIS) Hotlink Tamat 31 Julai 2011”

  1. Norasikin Avatar

    Dah banyak dia jual blackberry, sekarang la masanya dia kaut untung semula. Kalau dari dulu dia guna pakej sedia ada, tak laku la backberry dia

    1. Adam Roslan Avatar

      Strategi pemasaran. Sekarang masa untuk beralih lah. Kita sebagai pengguna ada banyak pilihan.

  2. Hans Avatar

    wah…geng2 pakai BB

    1. Adam Roslan Avatar

      Hehe. Kalau macam ni gaya, kena turun pangkat.

  3. hafizulhakim Avatar

    giler r.. mahal woo..

    1. Adam Roslan Avatar

      Kena ubah strategilah. Celcom ada. Digi ada ;)

  4. Amir Said Avatar

    amboi, terus nak jual BB. hehe. tapi mahal la RM98 sebulan.

  5. […] baik! Selepas mengumumkan bahawa Hotlink bakal menamatkan BIS Bonus pada 31 Julai nanti, hari ini di laman web mereka mengumumkan pakej baru untuk plan pra bayar Blackberry Internet […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *