≡ Menu

Cerita Minggu ke 7

Salam. Wah wah. Sudah minggu ke tujuh untuk semester lima, dan sudah 7 minggu Adam di Melaka (tetap dikira di Melaka walaupun kerap bercuti di Cheras dan sekali balik ke Kangar akibat cuti H1N1). Banyak cerita yang belaku sepanjang tujuh minggu ni. Sungguh nak habaq, sepanjang tujuh minggu ni memang banyak sungguh kerja nak kena buat. Walaupun pihak pentadbiran UiTM Melaka telah membatalkan semua aktiviti yang dicadangkan untuk semester ini seperti Festival Kemerdekaan atau Jubli Merdeka dan aktiviti Kolej seperti Sukan Kolej 2009, namun benda-benda sampingan yang lain telah benar-benar membawa kepada kesibukan.

Jika ditanya pasal assignment, memang memenatkan. Briefing untuk semester ini; satu filem pendek untuk Audio & Visual, satu business plan untuk Entrepreneurship, satu ‘event’ untuk untuk Event Management, satu kajian tesis untuk Communication Research, satu produk untuk Marketing dan satu projek multimedia untuk Multimedia Design and Production. Untuk itu, banyak la benda yang nak disiapkan untuk proses pre dan post production. Deal dengan beberapa agensi untuk sewaan kamera seperti Finas dan syarikat swasta. Masing-masing kalut dengan projek Audio & Visual ni. Ada yang filem pendek, ada yang dapat dokumentari dan paling menarik, muzik video. Dari sini, kita dah boleh nampak idea daripada pengarah muda janaan Universiti Teknologi Mara melalui Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media. Insya Allah, suatu hari nanti akan lahirlah seorang pengarah yang befikiran kreatif dan kritis yang dicari-cari untuk menghasilkan sebuah karya Melayu yang tersohor, menggantikan Allahyarham Yasmin Ahmad.

Mana-mana media massa pada hari ini akan sibuk menyiarkan keganasan virus H1N1 yang sehingga hari ini telah meragut 62 nyawa di Malaysia. Dan beribu-ribu orang disahkan positif H1N1. Pak Tam, yang baru pulang dari China baru-baru ini telah disahkan positif H1N1 dan kini sedang dikuarantin keseorangan di KL. Semoga dengan inisiatif untuk mengkuarantinkan diri, dapat mengurangkan penularan virus ini kepada keluarga dan rakan terdekat. Walaupun kerajaan kini bertanggungjawab membantu rakyat untuk memberikan informasi pencegahan dan membawa masuk antiviral Tamiflu, namun kita sebagai rakyat juga harus memainkan peranan untuk membantu kerajaan dengan mengikuti setiap langkah berjaga-jaga yang disarankan oleh kerajaan. Selain daripada berita kematian, elok juga Adam kongsikan satu artikel yang ditulis oleh Hishamuddin Rais dari Malaysiakini bertajuk H1N1 konspirasi kapitalis buat duit, klik tajuk untuk artikel.

Apabila saya membaca, mengkaji dan meneliti dokumen yang “dibebaskan” atau yang telah dibocorkan, maka ternyata virus terbaru A (H1N1) ini juga telah menetas dari bilik makmal.

Dasar pengurangan umat manusia di bumi ini sedang berjalan dengan baik. H1N1 ini adalah sebahagian dari strategi itu.

Juga, posting bertajuk Tutup premis, selesai masalah? Ianya tak sebegitu mudah. oleh Firdaus Rosli yang membangkang usaha kerajaan untuk menutup institusi pengajian di Malaysia akibat virus ini. Beliau juga ada beberapa cadangan bernas yang patut dilaksanakan oleh rakyat Malaysia untuk mencegah virus H1N1 ini.

Kepada para Twitterer, kini anda boleh menjana pendapatan sampingan daripada aktiviti Twitter. ChurpChurp memperkenalkan sistem pengiklanan melalui Twitter. Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke laman FAQ mereka di Twitterer FAQ.

ChurpChurp is an advertising network for Twitter. Our advertisers will specify the tweet contents to be propagated, also referred to as a Churp, so when you sign up and allow us to post Churps among your tweets, you earn money!

Caranya mudah. Anda hanya perlu mendaftar di sini, tunggu arahan untuk mengiklankan produk/servis daripada ChurpChurp kemudian sebarkan iklan tersebut melalui sahabat di rangkaian Twitter anda kemudian anda akan dibayar! Sehingga RM100, anda boleh cash-out!

Oh, sebelum terlupa. Adam ada mendapat satu e-mel daripada Zainal Salikin (berdasarkan alamat e-mel) yang bertanyakan soalan berikut,

If u have to choose either Nokia E 72(will be coming soon) or Apple i-Phone 3Gs (already launch), which one u prefer?? Need ur advice ler bro..
– dua2 harga lebih kurang sama(RM2400 – RM2500)

p/s – For yr info, my job need me to go out-station 3-4 day a week. I need one device/hand phone that i can check my e-mail, searcher internet, save all info like minutes meeting/drawing/PDF (it need when i give briefing/meeting – just open my h/p to get info if i not sure/forgot), check my bank a/c and of cos need to check my face book hee.. he.. My experience, kebanyakan h/p, my be have that all program, but the major problem is the battery is not last longer. Paling lama tahan 5-6 jam (my previos hp is HP i-PAQ)

Adam telah membalas tetapi tidak dapat sampai kepada pengirim dan Adam kongsikan di sini jawapannya.

Salam.
Terima kasih kerana menghubungi. Pada pendapat saya, E71 sudah mempunyai ciri-ciri yang saudara perlukan iaitu mempunyai fungsi yang mudah untuk memeriksa e-mail, melayari internet, menyunting .doc/.xls/.ppt, ber-facebook dan sebagainya. Dengan kekunci QWERTY, segala kerja typing menjadi mudah.

Berkenaan dengan bateri, saya cukup berpuas hati dengan E71 kerana baterinya hampir tahan 2-3 hari untuk penggunaan minumum dan 1 hari untuk penggunaan maksimum seperti melayari Internet atau memeriksa e-mel. Untuk aplikasi, saudara boleh menggunakan built-in e-mail inbox atau menggunakan GMail Mobile dan Opera Mini untuk browser.

Saya rasa E72 lebih sesuai dengan saudara jika saudara sanggup tunggu untuk pelancarannya pada hujung tahun ini dan Apple iPhone 3GS lebih kepada hiburan semata-mata dan kurang sesuai menjadi Personal Digital Assistant. Bagi saya, E71 amat memuaskan hati saya dan E72 pasti akan lebih banyak keistimewaannya seperti kamera 5MP dan OptiNavi.

Rasanya cukup setakat ini. Cerita Minggu ke-7 berakhir di sini. Sempena Ramadhan yang akan menjelang lebih kurang seminggu daripada sekarang, Adam ucapkan Selamat Meyambut Ramadhan 1430H. Azam baru tahun ni mestilah nak beribadah di bulan Ramadhan yang mulia lebih berlipat lagi ganda untuk mendapat kenikmatan Malam Lailatulqadar. InsyaAllah.

Other articles you might like;

0 comments… add one

Leave a Comment