Tag: Piala Malaysia

  • Kickoff Piala Malaysia 2009

    Kickoff Piala Malaysia 2009

    Malam tadi, sepuluh perlawanan sulung Piala Malaysia 2009 telah berlangsung. Setelah berehat hampir sebulan sempena bulan Ramadhan, kini 20 pasukan yang berentap untuk menjulang Piala Malaysia dengan beberapa pasukan pilihan telah menunjukkan taring mereka. Pasukan Selangor, Perlis, Johor FC dan Kelantan bermula langkah kanan apabila menang ke atas lawan masing-masing semalam.

    Juara Liga Super musim ini, Selangor yang berada di Kumpulan D, berjaya meraih tiga mata di tempat lawan selepas mengalahkan Sabah di Stadium Tawau hasil jaringan Safee Sali pada minit ke-24.

    Turut mencatat kemenangan ialah Perlis yang membenam Melaka 2-0 untuk mengungguli Kumpula A, gol skuad singa utara disumbang Ahmad Fakri Saarani dan Mohd. Syazwan Zainon.

    Johor FC yang berada dalam Kumpulan C berjaya mengalahkan Kuala Lumpur di tempat lawan hasil jaringan tunggal Farid Ideris pada minit ke-48.

    (more…)

  • Perlis Juara Lagi!!

    Alhamdulillah, semalam Perlis berjaya menjulang Piala Malaysia buat kali ke-2.. Game memang best! Permata hitam Perlis; Chipeta & Simukonda memang boleh dibanggakan. Walaupun aku menonton TV, tp aku dapat kepuasan. Hehe..

    Pengalaman berharga semasa beraksi pada final sejak 2 tahun lepas telah berjaya digunakan sebaik mungkin. Walaupun ada insiden yang kita sendiri tak mintak, tapi Alhamdulillah game tetap best!! Rempoh Perlis Rempoh! (more…)