Tag: Live

  • Kerja di Kolej Matrikulasi Arau

    Setelah beberapa hari menunggu panggilan, petang tadi part timer IT Services berkumpul di Kolej Matrikulasi Arau untuk memasang dan mentauliah lebih 60 buah komputer Dell di dua buah makmal bahasa dan komputer kolej berkenaan. Esok yang pasti, kami ada satu lagi makmal bahasa yang akan diselesaikan.

    Keterangan gambar: Stok komputer Dell sekitar 80 unit di dalam makmal sebelum dipindah naik ke tingkat atas. Sakit belakang nak mengusung.



    Kerja di Kolej Matrikulasi Arau, originally uploaded by adam.roslan.
  • Jom Mengail @ Utan Aji

    Apabila ketandusan aktiviti di waktu petang, keghairahan mengail ikan menjadi jadi, lalu kami membawa diri ke Ujong Batu, Utan Aji untuk menjalankan aktiviti mengail (memancing) ikan. Tali air menjadi sasaran kami, lebih 10 orang menyertai aktiviti ini dan kawasan tali air ini bagaikan pesta pancing anjuran kami. Alhamdulillah, banyak juga hasil kami pada hari ini, lebih 20 ekor ikan darat seperti haruan dan puyu berjaya dijinakkan.

    Keterangan Gambar: Amirul Kassin bersama anak ikan haruan yang berjaya dijinakkan.



    Jom Mengail @ Utan Aji, originally uploaded by adam.roslan.
  • Buah tangan dari Langkawi

    Sepanjang tiga hari disana, kami ada misi yang sangat besar. Idham Qamil yang mula berjinak jinak dengan hobi mengisap cigar dan paip, telah memborong pelbagai peralatan dan cerut untuk stok pada masa hadapan. Kami telah singgah ke beberapa buah kedai seperti Cuban Cigar dan KV Tobacco untuk membeli paip, cerut dan tembakau. Farid sudah mula menunjukkan minat untuk menceburi bidang ini dengan membeli peralatan dan tembakau serta paip terpakai milik Idham Qamil. Hobi baru ini menjadi satu kejutan kepada kami semua kerana sebelum ini di sekolah, Idham Qamil langsung tidak pernah merokok.

    Keterangan gambar: Susunan stok tembakau dan cerut yang dibeli oleh saudara Idham Qamil yang dianggarkan bernilai RM500.



    Buah tangan dari Langkawi, originally uploaded by adam.roslan.
  • LIMA di Dewan Pameran Mahsuri, Langkawi

    Jam 1000, menunggu untuk mendapatkan pass masuk untuk Pameran Maritim dan Udara Langkawi di Lobi Dewan Pameran Antarabangsa Mahsuri. Hari terakhir adalah masa yang digunakan untuk mengambil peluang untuk melihat dengan mata kasar teknologi pertahanan yang terkini.

    Ahli RS yang menyertai lawatan kali ini ialah Fakhrul, Fakhrul Afiq, Nu’man, Farid, Idham Qamil, Ariff Adnan, Aashvinder, Faiz Marzuki, Amirul Kassim dan Adam Roslan.

  • WTC979: Hummer H3 di Kangar!

    Suatu yang menakjubkan apabila sebuah gergasi jalanan seperti Hummer H3 melalui jalan raya di atas jalan raya sekitar Kangar. Cerita daripada seorang peminat kereta mewah, Fakhrul Razzi yang mana sebuah Hummer H3 dan beberapa kereta mewah yang lain berada di negeri ini cepat tersebar, dan penulis segera ke sana untuk mendapatkan kepastian. Benar. Difahamkan, kereta-kereta ini adalah milik pelakon pelakon tanah air yang kini sedang menjalankan penggembaraan di negeri ini untuk sebuah filem. Antara nama-nama yang disebut ialah Nora Danish, Azlee Jaafar, Mazlan Pet Pet dan beberapa artis tempatan yang lain.

    Keterangan gambar: Sebuah Hummer H3 di Soo Guan Villa Jejawi, dipercayai milik pelakon atau krew penggambaran.



    WTC979: Hummer H3 di Kangar!, originally uploaded by adam.roslan.
  • Melaka International Trade Centre

    Harini Adam berada di Melaka untuk menguruskan beberapa hal berkaitan acara 1Malaysia 1Media yang akan dianjurkan pada semester hadapan. Pada awal pagi, Adam bersama Diana dan Miss Wan Azfarozza ke Jabatan Penerangan Melaka. Seterusnya ke MITC Melaka untuk bertemu Pengarahnya, En Ariff Sani. Alhamdulillah, MITC bersetuju untuk menjadi penaja lokasi kami. Terima kasih En. Ariff. Salam 1Malaysia dari Melaka Bandaraya Bersejarah.