Tag: Live

  • Nokia E72, RM1630

    Sempat ke EasyRing Trading Kangar selepas menyelesaikan beberapa urusan di Kangar tadi. Tiba tiba berminat untuk tanya stok E72 yang kini menjadi tumpuan para peminat telefon pintar QWERTY. Di Kangar, harga sebuah telefon ialah RM1,630 untuk set Zitron. Malangnya, telefon E71 ini hanya bernilai RM600 untuk harga secondhand. Untuk trade in, Adam perlu topup RM1000 jika berminat untuk menggunakan telefon pintar ini.

    Menarik fungsi NaviOpti yang hanya perlu scroll di atas pad tersebut. Sehingga hari ini, E71 masih mampu berbakti dan tiada angan angan untuk menukar ke E72. :)



    Nokia E72, RM1630, originally uploaded by adam.roslan.
  • Kenduri Saudara Amzar Anaqi 29/11

    Maaf, bukan saudara Amzar yang berkahwin. Tapi sebenarnya kakaknya yang melansungkan perkahwinan di Taman Sawa ni. Amzar Anaqi ialah rakan sebilik di Kolej Lekiu. Tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat Kak Qatrun Nada. Semoga perkahwinan ini diberkati dan berkekalan sehingga akhir hayat. Amin.

    Keterangan gambar: Amzar Anaqi dihadapan 5 buah khemah kenduri. Ramai betul yang bertandang sampai melimpah limpah dari khemah. Turut menghadiri ialah staff RTM Kedah.fm. Rombongan dari Kangar disertai oleh Adam, Hafiz, Fakhrul Razzi dan Tunku Nashrul.