Tag: jambori

  • Pintu Gerbang di Kem Tasoh

    Pintu Gerbang di Kem Tasoh

    Dua tiga hari ni kalut sikit dengan dua tiga aktiviti di Perlis. Kemarin hari pertama bekerja balik sebagai seorang FSR IT Services di lima buah taman bimbingan kanak-kanak (tabika) KEMAS. Dua hari sebelum itu berulang-alik dari Kangar ke Kem Tasoh di Pusat Kokurikulum Timah Tasoh Beseri untuk membantu menyiapkan pintu gerbang sempena Kursus Kepimpinan Pengakap Negeri Perlis bersempena Hari Keputeraan DYMM Raja Perlis Ke 67 dan 10 Tahun Pemerintahan Tuanku Raja Perlis. Perasmian oleh Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis.

    Untuk rekod, ini adalah kali pertama pintu gerbang setinggi 13 kaki (dianggarkan) dinaikkan di kawasan ini. Seramai 10 orang tenaga kerja berhempas pulas siang dan malam untuk menjayakan projek ulung ini. Sehingga semalam, atap nipah sudahpun disiapkan dan hari ini segalanya sudah selesai dan sekarang adalah perasmian peserta-peserta.

  • Jambori Antarabangsa Johor ke-24

    Kami bergerak ke Batu Pahat melalui Lebuh Alor Gajah-Melaka-Johor pada jam 2.00 petang. Perjalanan 2 jam telah membawa kami selamat tiba di Kem Jubli Intan, Tanjung Laboh, Batu Pahat, Johor Darul Takzim. Pada awal perancangan, PPM Perlis akan menghantar seramai 40 orang peserta namun terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir kerana kekurangan jumlah peserta. Sebagai meneruskan perjuangan, kami tetap terus untuk menyertai Jambori ini walaupun kami bertiga.

    Setibanya di tapak jambori, kami bersiar sekitar tapak perkhemahan sebelum melakukan pendaftaran. Sayangnya, jambori kali ini tidak menyediakan cenderamata t-shirt seperti kebiasaannya dan menyediakan lencana dan beg galas. Aktiviti pertama kami di tapak kem Perlis ialah menaikkan khemah dan membuat pagar. Kami menaikkan 3 buah khemah untuk setiap seorang peserta. Pada hari pertama jambori, hanya sesi suai kenal diadakan dan kami turut bersiar ke tapak kem negeri lain untuk bertemu para pemimpin dan sahabat kelana yang pernah kami berjumpa sebelum ini seperti Kelana Titiwangsa dan beberapa kelana lain yang kami jumpa semasa di BP House tahun lepas.
    (more…)