Perkongsian imej filem terbaru The Dark Knight oleh pengarahnya, Zack Snyder menjadi perbualan hangat di media sosial. Ada yang mengkritik rupa terbaru batman lakonan Ben Affleck itu namun bagi peminat setia komik Batman dan adiwira DC Comics, ia satu perkembangan yang positif. Salah seorang daripadanya pensyarah fakulti filem teater animasi UITM, Muhamad Azhar Abdullah.
Blog
-
(VIDEO) Gol Liga Super Johor DT vs Pahang
Perlawanan sengit ini berkesudahan seri 2-2. Walaupun dilihat Johor DT seakan menang di laman sendiri, jaringan minit akhir dan kesilapan penjaga gol Izham Tarmizi membenarkan Gopinathan menyamakan kedudukan.
-
Kucing selamatkan budak kecil diserang anjing
Viral ketika ini adalah sebuah video bertajuk ‘my cat saved my son’ yang mula menjadi perkongsian di beberapa platform media sosial. Video kamera litar tertutup itu memperlihatkan aksi kucing menyelamatkan seorang kanak kanak yang diserang seekor anjing. -
Pengarah ‘Searching for Sugar Man’ meninggal dunia
Tahun lepas, ‘Searching For Sugar Man’ mencipta sejarah apabila menjadi dokumentari pertama yang dirakam menggunakan iphone untuk memenangi Oscar. Hari ini, dunia dikejutkan apabila pengarahnya Malik Bendjelloul ditemui mati di Stockholm. -
Selfie 3 tahun dalam masa 3 minit
Berapa lama masa yang anda ambil untuk berkongsi selfie anda? 5 minit, 2 minit atau mungkin sepantas beberapa saat sahaja. Tapi bagi Alex Chacon, dia mengumpulkan visual selfie beliau selama tiga tahun untuk membikin sebuah video berdurasi hampir 3 minit.