Blog

  • Tweet KJ jadi kisah demam piala dunia paling lucu


    Kisah demam piala dunia paling trending dan lucu di media sosial hari ini pastinya adalah tweet Menteri Belia Sukan, Khairy Jamaluddin yang dihantar kepada bosnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Tweet dengan #Cubanasib itu telah mengumpul lebih enam ribu re-tweet dan dua ribu favourites.

  • Pengguna Twitter marah pada Marcelo yang salah


    Gol sendiri yang tidak sengaja dijaringkan oleh pemain nombor enam yang juga pertahanan Brazil, Marcelo Vieira telah tercatat sebagai gol pembukaan bagi Piala Dunia 2014. Peminat Brazil yang berang dengan pemain itu melaharkan amarah mereka melalui Twitter sejurus selepas jaringan tersebut tetapi tweet berkenaan nampaknya tersasar kepada pengguna Twitter yang kebetulan namanya sama dengan Marcelo.

  • Liga Fantasi di Stadium Astro menjelang #Olabola


    Demam #OlaBola diceriakan lagi dengan Liga Fantasi OlaBola melalui Stadium Astro. Penonton yang berkeyakinan untuk menguruskan pasukan virtual anda sendiri dijemput untuk mendaftar menjelang bermulanya perlawanan pertama awal pagi ini. Layari http://www.astroawani.com untuk berita selanjutnya.

  • Lukisan 3 bintang bola sepak guna bola


    Turut mendapat perhatian di Youtube hari ini adalah video artis Malaysia yang menghasilkan lukisan potret tiga bintang bola sepak iaitu Ronaldo, Neymar Dan Messi. Hasil seni ini menjadi luar biasa kerana ianya dihasilkan dengan menggunakan bola. Layari http://www.astroawani.com untuk berita selanjutnya.

  • PS4 putih bakal dilancar September ini


    Kepada peminat permainan video yang inginkan kelainan pada konsol anda, Sony bakal melancarkan playstation 4 versi putih September ini. Ia diumumkan sewaktu pameran Electronic Entertainment Expo E3, sempena pelancaran permainan video terbaru, Destiny.

  • Google ambil alih Skybox Imaging


    Google tidak asing dalam mengambil alih syarikat-syarikat baru bagi menambah baik perkhidmatan sedia ada. Terbaru, sebuah syarikat pengimejan satelit, Skybox Imaging menjadi milik Google dengan bayaran sebanyak 500 juta dolar.