Blog

  • Jailbreak iPhone 2G

    Jailbreak iPhone 2G

    Hai. Saya sediakan satu tutorial ringkas bagaimana untuk Jailbreak iPhone 2G dengan firmware 3.1.2. Walaupun banyak rujukan di Internet, anda boleh membuat carian dan bacaan di sana dalam bahasa Inggeris — termasuk saya yang merujuk dan membuat cubaan dan gagal sebelum berjaya mendapat iPhone 2G yang beroperasi dengan firmware terbaru (terkini ialah iOS 4.1). Ada tiga perisian khas yang dibangunkan untuk membuat jailbreaking seperti blackra1n, ultrasn0w dan redsn0w. Mari belajar cara jailbreak iPhone 2G bersama Chef Adam!

    (more…)

  • Lirik Lagu Kalau Berpacaran – Sohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet

    Sohaimi Mior Hassan
    Kalau berpacaran
    Memang banyak pantang larang
    Menjaga susila
    Ibu bapa adik abang

    Apabila berdua
    Carilah tempat yang terang
    Agar tidak pula
    Mencuba aksi terlarang

    Korus
    Boleh pandang-pandang
    Jangan pegang-pegang
    Duduk renggang-renggang
    Bertambah sayang

    Biar malu-malu
    Biar segan-segan
    Kerna malu itu
    Perisai orang beriman

    Ana Raffali
    Kalau berpacaran
    Jangan tunggu lama-lama
    Kalau dah berkenan
    Jumpalah ayah dan mama

    Hantarkan rombongan
    Meminang dengan segera
    Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

    Ulang korus

    Altimet
    Yeah
    Kita sambung cerita
    Kalau kamu berdua
    Aku yang ketiga

    Aku penambah perasa
    Akulah pendarab nafsu serakah
    Hai teruna bikin perangai selamba
    Hati si dara kata tak apa

    Berani buat terima padah
    Kalau tak sedia
    Ucap syahadah

    [Ulang korus]
  • Petua Makan Satay

    Jika anda makan satay, jangan pula lupa timunnya kerana memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran mendatangkan kesan karsinogen (keadaan yang boleh menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen!

    P/S: Pekena Satay Kajang Haji Samuri 10 cucuk, lepas mengidam di hati bersama Afiq, Epih, Nina, Gubir dan Apek.



    Petua Makan Satay, originally uploaded by Adam Roslan.
  • Karnival IT Rocks You

    Hai. Saya baru pulang dari Karnival ICT: IT Rocks You di Dewan Malawati Shah Alam. Tengok apa saya beli. Ganzo 22 in 1 Multo Tool.



    Karnival IT Rocks You, originally uploaded by Adam Roslan.
  • Bagaimana Membeli Superbike Singapura?

    Bagaimana Membeli Superbike Singapura?

    Soalan:

    Adakah warganegara Malaysia boleh membeli motorsikal besar singapura? Adakah kita boleh memandu motorsikal tersebut atas jalan di malaysia? Ramai yang mengatakan kita boleh menggunakan motorsikal tersebut kerana ada COE.

    (more…)