Tag: AJL

  • Albert Law di Dataran Pahlawan

    Siapa Albert Law? Kenalkah anda dengan Pete Teo? Okay, Pete Teo ialah seorang penulis lirik, komposer, penyanyi, pengarah filem dan pelakon. Kalau anda biasa dengan lagu Aizat bertajuk ‘Kau Pergi’, beliaulah penulis dan penyanyi asalnya bertajuk ‘I Go’.

    Albert Law ialah pengurus beliau. Kami bersamanya hampir 2 jam untuk berbincang hal berkaitan 15Malaysia. Kami akan membincangkan hal ini untuk Kajian Professional nanti. Hasil perbincangan semalam, kami mendapat jawapan yang positif.

    Banyak hal lain yang kami bincang semalam selain daripada hal politik semasa yang diterjemah dalam filem pendek 15Malaysia. Lainnya, beliau amat terkilan dengan berita selepas AJL. Tiada berita yang memuji Aizat sebagai juara. Yang ada cuma bunyi bunyi menyenda AJL. Apakah masalahnya? Bila memikir logiknya, betul. Berita Harian dan Utusan Malaysia ada bercerita pasal AJL. Tapi, mana sumbangan daripada akhbar harian Cina dan Tamil?



    Albert Law di Dataran Pahlawan, originally uploaded by adam.roslan.
  • Keputusan AJL 24 2010 dan Kekecohannya

    Hi. Rata-rata blog hiburan tanah air malam ini menyenaraikan senarai penuh pemenang Anugerah Juara Lagu 2010 (AJL 24). Bagi memeriahkan suasana, di sini Adam turut menyenaraikan empat pemenang yang sememangnya layak untuk memenangi anugerah tersebut berdasarkan kebolehan mereka.

    Vokal Terbaik – Black Mentor (Aku Rindu Sayang Kamu)

    Tempat Ketiga – Faizal Tahir (Bencinta)

    Naib Juara Lagu – Yuna (Dan Sebenarnya)

    Juara Lagu ke-24 – Aizat (Pergi)

    Namun kemenangan ini bukanlah persoalannya, tetapi akan sedikit kekecohan yang berlaku di pintu masuk Arena & Hotlink Zone pada sebelum dan semasa majlis berlangsung. Adam berada di tempat kejadian dimana suasana menjadi kecoh apabila gate utama ditutup dan lebih 500 peminat yang mempunyai pas masuk tidak dapat masuk ke dalam Stadium Putra. Keadaan menjadi tegang apabila berlaku tikam lidah antara pengawal keselamatan dan peminat yang beratur untuk masuk sejak 6 petang. Adam yang juga tidak dapat masuk akhirnya pulang dengan tangan kosong dan hanya mendengar siaran Hot FM sepanjang perjalanan dari Kompleks Sukan Bukit Jalil ke Melaka. Harapnya, pihak bertanggungjawab dapat mengenalpasti punca masalah dan semoga kejadian seperti ini tidak akan berulang.