≡ Menu

Cara Cepat Apply Akaun Google AdSense!

Kepada sesiapa yang belum pernah atau ingin mencuba mendaftar di Google AdSense dengan cara yang cepat, anda boleh mengadaptasi cara yang saya gunakan ini. Cara ini memang berkesan dan dalam masa 24 jam, akaun anda boleh diaktifkan! Cara yang saya gunakan ini ialah mendaftar melalui akaun Blogger.com. Blogger.com adalah laman web yang menawarkan hosting untuk blogging secara percuma yang juga merupakan anak syarikat kepada Google Inc.

1. Daftarkan diri anda dengan Blogger.com atau login menggunakan ID anda. Penuhkan setiap maklumat yang diperlukan.

blogger_apply_adsense_01.jpg

2. Penuhkan maklumat berkaitan blog anda.

blogger_apply_adsense_03.jpg

3. Pilih template yang anda inginkan. Template yang anda pilih boleh diubah selepas laman web berjaya dibangunkan. Anda juga boleh menggunakan kemahiran CSS anda untuk mengubahsuai template ini.

blogger_apply_adsense_04.jpg

4. Tahniah! Blog anda telah didaftarkan dengan Blogger.com

blogger_apply_adsense_05.jpg

5. Mulakan blog anda dengan menulis artikel atau pinjam artikel yang ditulis oleh penulis berpengalaman yang lain dan jangan lupa untuk berikan kredit kepada penulis.

blogger_apply_adsense_06.jpg

6. Apabila selesai, publishkan tulisan anda. Tuliskan 2 hingga 3 artikel yang menjadi pilihan anda, semestinya “keyword” yang mempunyai nilai yang tinggi.

blogger_apply_adsense_07.jpg

7. Seterusnya adalah langkah untuk memohon akaun Google AdSense anda selepas anda berjaya menyiapkan sebuah laman blog. Klik tab “Template” seperti rajah di bawah.

 

blogger_apply_adsense_08.jpg

8. Kemudian, klik pada sub-tab AdSense dan isikan borang permohonan akaun Google AdSense.

blogger_apply_adsense_09.jpg

9. Isikan maklumat yang berkaitan dan gunakan e-mel selain daripada akaun anda yang pertama bagi pengguna yang pernah di-ban. Ralat “The specified email address is already in use.” merupakan petunjuk bahawa alamat e-mel tersebut telah di-ban oleh Google.

blogger_apply_adsense_10.jpg

10. Setelah selesai, blok pertama AdSense anda akan dipaparkan buat sementara sebelum proses validation dan verification.

blogger_apply_adsense_11.jpg

11. Setelah semuanya selesai, publishkan posting anda! Anda perlu membuat verification daripada alamat e-mel yang digunakan dan dalam masa 24 jam, akaun Google AdSense anda akan diaktifkan.

blogger_apply_adsense_12.jpg

* Sumber: Adsense Intro – CheatAd !

Other articles you might like;

1 comment… add one
  • syuxx December 8, 2007, 4:22 pm

    patut lah aku dulu apply adsense cpt.
    thx for the info!
    :D

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3