≡ Menu

Filem Malaysia: 70 Filem Bakal Ditayangkan Pada 2012

20120108-171233.jpg

Industri filem 2012 diharapkan lebih meriah dengan kehadiran 70 buah filem yang bakal ditayangkan. Jika dibandingkan dengan tahun lepas, sebanyak 42 filem dihasilkan, 29 buah filem pada tahun 2010 dan 27 filem pada tahun sebelumnya. Kebangkitan filem Melayu dapat dilihat tahun lepas apabila dua filem berjaya memperolehi kutipan lebih RM10 juta iaitu KL Gangster (RM11.74 juta) dan Ombak Rindu (RM10.79 juta).

Beberapa statistik menarik dapat dibanggakan apabila kutipan kasar filem-filem tempatan mencatat kutipan lebih RM106.4 juta daripada 42 filem Melayu yang ditayangkan di lebih 65 panggung. Kos produksi juga dilihat semakin bertambah apabila pada tahun lepas produser melaburkan lebih RM67 juta untuk menghasilkan filem-filem mereka.

Kecanggihan teknologi imej janaan komputer (CGI) sedikit membantu produksi dalam mencatikkan kesan khas dalam filem mereka. Walaubagaimanapun, produksi tempatan masih lagi tertumpu menggunakan ‘stuntman’ untuk babak aksi berbanding menggunakan teknik kroma seperti di studio besar Hollywood. Contohnya dalam filem Kongsi, pengarahnya, Farid Kamil menggunakan kabel untuk aksi kejar mengejar.

Antara genre yang menjadi pilihan rakyat Malaysia ialah seram selain komedi, aksi dan cinta. Statistik menunjukkan, daripada 42 filem yang dihasilkan, 17 daripadanya ialah filem seram seperti Hantu Kak Limah Balik Rumah, Khurafat, Karak, dan Al-Hijab. Melihat kepada senarai filem cereka 2012, genre seram masih lagi menjadi pilihan pengarah dan penerbit kerana filem bergenre ini masih menjadi tumpuan rakyat Malaysia. Apa yang menjadi perhatian saya ialah filem arahan Mamat Khalid, Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit yang juga sekuel filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang akan menemui penonton pada tahun ini.

Diharapkan industri perfileman tanah air akan lebih meriah pada tahun ini apabila baru-baru ini Lembaga Penapisan Filem tidak lagi akan menapis sebaliknya memberi kepercayaan kepada pengarah dan penerbit untuk menapis elemen keterlaluan di dalam filem mereka kerana kajian membuktikan bahawa filem mempunyai daya pengaruh yang besar dalam kehidupan seharian.

Kolum Tumpuan Mingguan Malaysia hari ini, tulisan Hafizahril Hamid mengharapkan industri perfileman tanah air sepatutnya menjadi contoh jujur bagaimana ia harus diperlakukan. Contoh yang diberikan ialah Hollywood dan Bollywood mengetengahkan soal budaya dan kritikan sosial yang menjadi fokus dan peranan dalam sebuah filem.

Other articles you might like;

0 comments… add one

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3