Sistem Nombor Pendaftaran Kenderaan di Malaysia

Hari-hari kita akan melihat nombor pendaftaran kenderaan secara sedar atau tidak. Jika nombor itu menarik atau unik, sudah pasti anda akan mengingatinya. Apakah anda sudah cukup kenal dengan sistem nombor pendaftaran kenderaan atau yang mudah dikenali sebagai nombor plat ini? Nombor Pendaftaran Kenderaan Malaysia adalah plat yang memaparkan nombor pendaftaran kenderaan bermotor di Malaysia, seperti yang termaktub dalam undang-undang kerajaan Malaysia. Kebenaran mengisukan nombor pendaftaran ini dilakukan dan dipantau oleh Kementerian Jalanraya dan Pengangkutan Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia.

Sejarah

Selepas Malaysia mencapai kemerdekaan, pada tahun 1967, Malaysia menggunakan kod pendaftaran kenderaan yang ditetapkan iaitu MAL. Pada zaman sebelum merdeka, kod pendaftaran kenderaan ialah FM (Federated Malays States) pada 1957 dan PTM (Perseketuan Tanah Malayu) antara tahun 1957 dan 1967.

Rekabentuk Plat

Terdapat tiga rekabentuk plat nombor pendaftaran kenderaan yang diluluskan oleh JPJ (klik untuk spesifikasi) iaitu,

  1. Huruf dan nombor berwarna putih yang dilekatkan atau di’embossed’ atas bingkai hitam.
  2. Huruf dan nombor berwarna putih yang dilekatkan atau di’embossed’ atas bingkai berwarna merah bagi kenderaan kedutaan, PBB dan International Natural Rubber Association.
  3. Huruf dan nombor berwarna hitam yang di’embossed’ atas bingkai berwarna putih bagi teksi atau kereta sewa.
Kod Kawasan
Memandangkan Malaysia mempunyai 14 buah negeri dan wilayah persekutuan, huruf awalan digunakan bagi membezakan setiap negeri, wilayah dan kawasan dalam sesebuah negeri.
  • A: Perak
  • B: Selangor
  • C: Pahang
  • D: Kelantan
  • J: Johor, termasuk Kerajaan Johor (JDT 1 hingga JDT 10) dan Johor Ketenteraan Tentera (Askar Timbalan Setia Negeri) (JMF)
  • K: Kedah, termasuk Langkawi (KV)
  • M: Melaka
  • N: Negeri Sembilan
  • P: Pulau Pinang
  • Q: Sarawak
    QA dan QK: Bahagian Kuching
    QB: Bahagian Sri Aman
    QC: Bahagian Samarahan dan Betong
    QL: Bahagian Limbang
    QM: Bahagian Miri
    QP: Bahagian Kapit
    QR: Bahagian Sarikei
    QS: Bahagian Sibu dan Mukah
    QT: Bahagian Bintulu
    QSG: Kerajaan Sarawak
  • R: Perlis
  • S: Sabah
    SA dan SAA: Kota Kinabalu
    SB: Beaufort
    SD: Lahad Datu
    SK: Kudat
    SS: Sandakan
    ST: Tawau
    SU: Keningau
    SG: Kerajaan
  • T: Terengganu (plat T & TA digunakan oleh Kelantan)
  • L: WP Labuan
  • Putrajaya: WP Putrajaya
  • W: WP Kuala Lumpur

Lain-lain
JPJ turut mengkhaskan beberapa plat kenderaan kepada kenderaan khas lain seperti teksi yang menggunakan profix awalan H, LIMO untuk perkhidmatan limosin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, pegawai diplomat antarabangsa (11-22-DC) dan kenderaan Tentera Malaysia (ZA, ZZ, ZD, ZU dan ZZ). Selain daripada itu, JPJ turut mengeluarkan plat kenderaan untuk acara-acara besar seperti SUKOM, XII NAM, X OIC, XI ASEAN, XXX IDB dan BAMBee. Turut dikeluarkan adalah plat untuk pengeluar kenderaan seperti Proton, Perodua, Lotus, Naza, Waja, Wira, Saga, Satria, Tiara, Perdana dan Kriss.

Sumber: Wikipedia Malaysia
Kredit Gambar: anType @ Lowyat

Comments

28 responses to “Sistem Nombor Pendaftaran Kenderaan di Malaysia”

  1. Aash Avatar
    Aash

    Hang lupa ADS 18.

    nanti balik mai umah aku amik gambaq na. thx

  2. beliamuda Avatar

    pergh.. plate best, kete pun best2.. $_$
    .-= beliamuda´s last blog ..A Cute Pic That Chilled =-.

  3. Nadee Avatar

    huu new info :D

    1. Adam Avatar

      Terima kasih kerana sudi melawat dan membaca. :)

  4. cha Avatar
    cha

    tak style Cayenne S 10 tahun lg :)

    1. Adam Avatar

      Cha, balik Malaysia nanti kasi angkat Cayenne S itu :)

  5. syazwan Avatar

    JHY 9 mner?? x der pon pic nyer.. kekeke

    1. Adam Avatar

      Haha. Nanti naik sem aku SNAP dan letak sini ye bro :)

  6. muhdzahari Avatar

    aku pernah snap MAF14 dua kali. tempat sama. dengar-dengar kepunyaan Azhar Sulaiman. nissan murano yang macam dalam gambar tu.

    1. Adam Avatar

      Ouh. Ramai kata MAF14 Azhar Sulaiman yang punya. Sebelum ni ada pada WAJA kalau tak silap. Nanti cari balik dalam arkib.

  7. kunik2 Avatar
    kunik2

    cane nk check no plet kete samada yg owg da pki atau x?

    1. Adam Avatar

      Bro boleh cuba ke JPJ berdekatan untuk check. Kalau ada rakan di JPJ, boleh tanya mereka.

  8. adlina Avatar
    adlina

    cmner saya saya nk check no.plat yg tengah running skarang yer

    1. Adam Avatar

      Boleh rujuk laman web rasmi JPJ Malaysia atau terus ke kaunter JPJ Negeri anda.

  9. xxx Avatar
    xxx

    flat keta pakai nama sendiri….

    1. Adam Avatar

      Wah, plate apa pakai nama sendiri? NAD14 boleh lah. WAN1 ka. NAN1 pun kerabat N9 pakai kalau tak silap.

  10. shida Avatar
    shida

    Akum.Saya nak tau macam mana nak cek nama pemilik sesuatu kenderaan.Penting sangat atas urusan insurans.

    1. Adam Roslan Avatar

      Waalaikumussalam.

      Saya rasa paling mudah ialah ke JPJ Negeri semak buku pendaftaran. Kalau ada cable paling senang lah. :)

  11. raewo Avatar

    ambik ye info ni letak kat site aku ….. with a link to your site

    1. Adam Roslan Avatar

      Boleh Tuan. Usah segan segan :)

  12. […] Sistem Nombor Pendaftaran Kenderaan di Malaysia mendapat sambutan pengunjung yang datangnya daripada enjin carian, sekali lagi saya kongsikan […]

  13. khairul hanafi Avatar
    khairul hanafi

    WFV 2327 thun bape yerk…bleh bg tau…..

  14. Ranjit Dhillon Avatar

    Kindly email me at ranjitdhillon_1@hotmail.com

    Looking for the vehicle no RD1677

    1. ranjit Avatar
      ranjit

      hello boss ,

      masih ingat sama gua …

      tolong call balik 012 666 0774

  15. Zharfan Avatar
    Zharfan

    Nombor plat kedutaan berwarna merah seperti 11-22-DC sebenarnya kod milik kedutaan mana tetapi tak jelas kerana ramai tak tahu.

    Apa yang saya tahu ialah 11-22-DC bermaksud, 11 kod bagi kedutaan Thailand, 22 bermaksud daftar di negeri Penang. DC maksud “Diplomat Corps”.

    Banyak lagi kod lain tetapi kita tak tahu milik kedutaan mana.

  16. Muhammad Irfan Avatar
    Muhammad Irfan

    Ada tak plate DOS, BRD atau WIZ

  17. aizuddin Avatar

    MAFI4 tu kenal owner dia Azhar Sulaiman
    AW41 Awal Ashari

  18. harris ismail Avatar
    harris ismail

    TAA8188 boleh tahu year of issue,?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *