Dewasa ini, memiliki penapis air di dalam rumah adakah satu keperluan. Air yang dicurahkan terus dari tangki simpanan walaupun dirawat namun dikhuatiri masih lagi mengandungi bendasing yang boleh menjejaskan kesihatan peminumnya.
Terdapat banyak jenis penapis air di pasaran, daripada penapis air tunggal sehingga enam penapis air. Berikut adalah ciri-ciri penapis air yang patut anda miliki.
- Penapis air yang mempunyai tiga suhu; sejuk, suam dan panas. Dengan memiliki tiga suhu air berbeza, penapis jenis ini dapat memberi kemudahan kepada ahli keluarga anda. Air suam dan sejuk boleh diminum dengan selamat. Anda tidak lagi perlu menjerang air dan risaukan keselamatan kerana telah ditapis terlebih dahulu. Kerja membancuh air anda menjadi lebih pantas.
- Sambungan terus daripada pili. Penapis air yang disambung terus dengan pili sangat memudahkan! Anda tidak perlu refill tangki simpanan air setiap kali air anda hampir habis. Cari juga penapis air yang mempunyai tangki simpanan air yang besar, nescaya stok air panas dan sejuk anda tidak cepat kehabisan.
- Menggunakan teknologi yang canggih. Seiring dengan kemajuan teknologi, penapis air juga perlu ‘celik’ teknologi. Antara teknologi popular yang digunakan oleh penapis pada masa kini ialah Reverse Osmosis (RO).
- Pengiktarafan daripada badan diktiraf. Penapis air yang diiktiraf SIRIM atau mendapat pensijilan Halal daripada JAKIM menjadi faktor tambahan untuk ciri-ciri penapis air yang perlu anda miliki.
- Servis berkala dengan kos rendah. Penapis air yang berkualiti perlu diservis pada jangkamasa tertentu bagi menjamin prestasi air ditapis tersebut. Kos untuk baikpulih juga perlu diambil kira. Ada yang sediakan caj selenggaraan percuma jika anda melanggan pakej sewa beli. Jika anda membeli secara tunai, anda perlu menyediakan tunai tambahan untuk servis, dari RM100 hingga RM400 setiap kali servis.
Ciri-ciri di atas ada pada penapis air Coway. Dengan harga mampu milik, setiap rumah perlu ada sebuah penapis air Coway. Jika anda perlukan maklumat lanjut, hubungi 013.4257121 atau layari www.penapiscoway.com!
Other articles you might like;
wahh..jual penapis air coway ke sekarang nih?
Terjebak jugak Bro. Beli pakai sendiri. Nak guna kitab pink untuk masuk page #1. Hehe.