≡ Menu

Excel: Ambil Perkataan Sebelum BIN dan BINTI dengan TEXTBEFORE

Saya ada senarai nama pelanggan yang termasuk BIN dan BINTI. Ada juga yang A/L dan A/P, ada yang nama mereka ANAK untuk customer di Sabah dan Sarawak.

Cara Ambil Nama Tidak Nama Bapa

Cara yang mudah ialah gunakan TEXTBEFORE. Andaikan BIN ialah pemisan antara nama anak dan nama bapa.

Contoh input ialah:

ABD MALEK BIN MOHD MOKHTAR

Formula:

=TEXTBEFORE(C8, “BIN”)

Output:

ABD MALEK

Cara Ambil Nama Anak Lelaki dan Perempuan

Lelaki dan perempuan dibezakan dengan BIN dan BINTI. Saya gunakan array BIN dan BINTI supaya satu formula boleh digunakan kepada semua rows.

AIDIL SYAH BIN AHMAD
AINOL MARDIAH BINTI ABDUL GHANI

Formula:

=TEXTBEFORE(C8, {“BINTI”,”BIN”})

Output:

AIDIL SYAH
AINOL MARDIAH

Cara Mudah Pisahkan Nama BIN, BINTI, A/L dan A/P

Disebabkan BINTI mengandungi BIN-TI, maka formula di bawah sesuai untuk pisahkan BIN, BINTI, A/P, A/K dan ANAK.

Formula:

=TEXTBEFORE(C8, {“A/”,”BIN”,”ANAK”})

BONUS: Proper Case untuk Cantikkan Nama

Input saya datang dengan ALL CAPS, jadi saya akan gunakan PROPER untuk Title Case.

Formula:

=PROPER(TEXTBEFORE(C2, {“A/”,”BIN”,”ANAK”}))

Output:

Amira Hirashima

Terima kasih!

Other articles you might like;

0 comments… add one

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3