imanishi yamaguchi wrote:
Met kenal Dam. Saya suka dengan karya-karya fotografinya yang cukup imajinatif. Mau tanya kalau objek bergerak cepat seperti orang naik sepeda motor itu, setelan kameranyanya gimana? sendainya saya pake kamera DSLR…. thank jawabannya.
Begini kiriman seorang pelawat yang menghubungi Adam melalui borang ‘Hubungi Saya‘ yang Adam dapat petang tadi. Apa yang Adam faham, beliau menanyakan bagaimana untuk meng-snap gambar kenderaan yang meluncur laju. Begitu kan? Jika itu soalannya, Adam akan menjawab, “Gunakan teknik panning!”
Teknik Panning ialah satu teknik dimana kamera memegunkan (freeze) objek yang difokus dan mengaburkan (blur) latarbelakangnya. Teknik ini akan memberikan kuasa pergerakan yang mana selalunya diaplikasikan kepada kenderaan atau objek yang bergerak laju seperti kereta lumba, motorsikal atau orang berlari.
Teknik ini mempunyai beberapa langkah yang perlu dituruti untuk mendapat gambar yang sharp dan baik. Di sini Adam namakan 4 langkah mudah iaitu Fokus, Ikut, Snap dan Lajak.
- Fokus – fokuskan objek yang akan disnap secara auto fokus atau manual fokus.
- Ikut – ikut pergerakan objek, biasanya dari kiri (dinamakan Titik A) ke tengah (Titik B) dan shutter ditekan setengah (half-press shutter).
- Snap – apabila objek sampai ke tengah (Titik B) atau composition yang dikehendaki, tekan shutter button sepenuhnya (full-press shutter).
- Lajak – teruskan mengikut objek dari titik tengah (Tititk B) ke penamat (biasanya kanan, dinamakan Titik C) untuk kesan blur yang ketara.
Siap! Teknik panning memerlukan anda latihan intensif yang kerap. Sebenarnya susah untuk mendapatkan gambar yang betul-betul sharp tanpa latihan. Untuk setting shutter, gunakan 1/125 atau 1/80 bergantung kepada kelajuan objek tersebut, contohnya 1/125 untuk kereta lumba dan 1/80 untuk orang berlari. Nilai apperture mestilah rendah daripada shutter, semestinya bermain dengan bracketing/metering dengan bacaan neutral atau 0. Bagaimana Imanishi Yamaguchi, adakah saya menjawab soalan saya?
Other articles you might like;
wei meh number akaun bank dengan bank sekali
aku nak bayaq nak wat hosting kat hank.
aku nak boh zakiey.com
hehehe..
send kat num fon aku nih
012-5973273
wah. thanks for sharing, adam :) sangat berguna~ :D
Mahu cuba panning burung terbang di langitkah?