Hari ini bermula paper pertama untuk peperiksaan akhir semester Julai November 2008. Peperiksaan kali ini dimulakan dengan paper Journalism yang agak mencabar. Namun, Adam berjaya menjawab paper tersebut dengan tenang walau beberapa kali kehilangan jawapan akibat tekanan melampau keatas otak. Cukup setakat itu. Semoga terus berusaha untuk paper akan datang, BEL pada Ahad ini.
Berbalik kepada topik, hari ini Adam secara rasminya melibatkan diri Adam dalam dunia Forex. Forex ialah kependekan kepada Foreign Exchange iaitu perdagangan tukaran matawang asing. Forex melibatkan proses perdagangan mata wang yang berlaku secara langsung dengan perdagangan mata wang dunia yang melibatkan proses jual dan beli mata wang dunia seperti US Dollar, Great Britain Pound, atau Jepun Yen. Mata wang ini dijual secara berpasangan (pair) sebagai contoh British Pound dengan US Dollar (GBP/USD).
Asas perdagangan mata wang ini melibatkan dua nilai matawang dunia seperti GBP dan USD. Anda menggunakan wang GBP untuk membeli matawang USD yang mana melebihi nilai matawang GBP di mana akan memberikan anda pulangan atau profit. Sebenarnya banyak term Forex yang masih belum Adam fahami dengan jelas. Yang jelas pada masa kini ialah bagaimana untuk membuat belian, dan bilakah pula masa yang sesuai untuk membuat jualan bagi mendapatkan keuntungan.
Permainan ringkas Adam bersama bantuan saudara Fakhrul telah membolehkan Adam memahami dengan ringkas corak sebenar permainan Forex dan membawa sedikit pulangan dengan nilai margin yang kecil. Insya-Allah kalau diberikan peluang, akan Adam terangkan lebih mendalam tentang perdagangan Forex ini. Sebagai beginner, Adam bermain dalam akaun demo menurut nasihat Fakhrul yang mana seorang beginner sekurang-kurangnya perlu bermain dalam akaun demo selama lebih kurang enam bulan bagi memahami naik turun pasaran. Pada pandangan Adam, seseorang beginner perlu bermain dalam akaun demo bagi memantapkan diri agar tidak menggelabah sekiranya berlaku kerugian dalam akaun live. Sesungguhnya perdagangan Forex ini memerlukan kesabaran, kesungguhan dan yang paling penting — tidak tamak. Sekiranya berlaku ketamakan ketika menjalankan perdagangan, nescaya profit yang ada akan hangus menjadi kerugian. Renungkan.
Other articles you might like;
takpa.. biasakan main dulu.. Anggap yg tu duit betul.. Baru psikologi kita rasa ok bila main live nanti. Kalau tak nanti main live rasa mcm takdak apa2 la. Biarkan kehilangan tu rasa seperti duit yang betul dan keuntungan tu pun sama jugak. Insyallah.. Semoga terus sukses dalam forex. Bersama memajukan diri :-)
platform apa yg terbaekkk nak mian forex ni….
beginer..