Tag: Forex

  • Update Forex

    Update Forex

    Salam. Dah lama sepi dengan posting berkaitan Forex. Merujuk kepada blog sifu Forex Adam, beliau masih lagi belum mengaktifkan diri untuk membuat trading. Semalam sebelum beberapa jam market ditutup, Adam masih sempat membuat beberapa trading di platform demo InstaForex dengan tujuan untuk mengingat semula teknik yang dipelajari. Alhamdulillah, profit. Agaknya sudah lama Adam meninggalkan Forex selepas kali terakhir pada semester lepas. Katanya mahu dalami ilmu Forex pada cuti lepas, tapi masa membantutkan impian itu.

    Jadi, sekarang boleh juga mengambil kesempatan untuk membuat trading. Isnin ini insyaAllah Adam akan bermain akaun mikro secara live di LiteForex. Teringin juga merasa sendiri pengalaman live trading. Walaupun kecil, niat di hati untuk mencuba itu tetap ada. Nanti kalau dah ada kemajuan, boleh mencuba untuk bermain dollar USD kan. InsyaAllah.

    Esok Adam akan bergerak pulang ke KL sebelum ke Melaka pada hari Isnin. Isnin nanti Adam akan ke TV3 untuk kajian akademik di sana. Kemudian pada hari Khamis, Adam akan sekali lagi ke Kuala Lumpur untuk tujuan yang sama tetapi di syarikat penerbitan Kamus Elektronik Besta. Itu pun kalau mendapat persetujuan mereka. Selepas itu bermulalah untuk bekerja keras secara berterusan. Doakan semoga Adam terus berjaya dalam semua bidang. Amin.

  • Psychology of Forex

    Jom bercakap tentang Forex! Rasanya Adam perlu mantapkan diri Adam dengan menguasai Psychology of Forex ini dulu. Walaupun tiada istilah khusus dalam penjagaan emosi dalam bermain Forex ini, biarlah Adam namakannya Psychology of Forex. Nampaknya rakan-rakan seperjuangan juga bersetuju dengan nama ini, jadi biarlah Adam gunakannya untuk hari-hari mendatang dalam permainan Forex.

    Forex Trading berkembang pesat sebagai salah satu cara untuk menjana pendapatan sampingan, malah ada juga yang menumpu kepada perniagaan ini sebagai sumber pendapatan mereka. Idea ringkas mengenai proses Forex yang melibatkan proses jual beli matawang telah menyebabkan ramai yang menyertai perniagaan ini. Menurut perangkaan, sebanyak 90% (Forex Psychology in Forex Trading, 2008) yang menyertai Forex adalah gagal dalam perniagaan mereka kerana beberapa perkara seperti kerap mencari perubahan trend, memasuki trend yang jauh dari permulaan trend, margin melebihi modal, membuat floating yang banyak dan sebagainya. Mereka ini juga tidak menghabiskan kefahaman mereka dalam perniagaan Forex dan secara terus bermain dalam akaun live selepas beberapa hari mendapat keuntungan dalam akaun demo.

    Peranan emosi juga memainkan peranan penting dalam perniagaan ini. Trader mestilah mempunyai disiplin yang tinggi, tidak bersikap tamak dan menggunakan konsep yang betul. Selain daripada itu, target atau matlamat juga penting. Dengan adanya matlamat insyaAllah akan membawa kita ke jalan yang benar.

    P/S: Bercakap macam dah pakar. Sebenarnya merujuk kepada beberapa laman web dan diolah untuk kesedaran diri sendiri.

  • Selamat datang Forex!

    Hari ini bermula paper pertama untuk peperiksaan akhir semester Julai November 2008. Peperiksaan kali ini dimulakan dengan paper Journalism yang agak mencabar. Namun, Adam berjaya menjawab paper tersebut dengan tenang walau beberapa kali kehilangan jawapan akibat tekanan melampau keatas otak. Cukup setakat itu. Semoga terus berusaha untuk paper akan datang, BEL pada Ahad ini.

    Berbalik kepada topik, hari ini Adam secara rasminya melibatkan diri Adam dalam dunia Forex. Forex ialah kependekan kepada Foreign Exchange iaitu perdagangan tukaran matawang asing. Forex melibatkan proses perdagangan mata wang yang berlaku secara langsung dengan perdagangan mata wang dunia yang melibatkan proses jual dan beli mata wang dunia seperti US Dollar, Great Britain Pound, atau Jepun Yen. Mata wang ini dijual secara berpasangan (pair) sebagai contoh British Pound dengan US Dollar (GBP/USD).

    Asas perdagangan mata wang ini melibatkan dua nilai matawang dunia seperti GBP dan USD. Anda menggunakan wang GBP untuk membeli matawang USD yang mana melebihi nilai matawang GBP di mana akan memberikan anda pulangan atau profit. Sebenarnya banyak term Forex yang masih belum Adam fahami dengan jelas. Yang jelas pada masa kini ialah bagaimana untuk membuat belian, dan bilakah pula masa yang sesuai untuk membuat jualan bagi mendapatkan keuntungan.

    Permainan ringkas Adam bersama bantuan saudara Fakhrul telah membolehkan Adam memahami dengan ringkas corak sebenar permainan Forex dan membawa sedikit pulangan dengan nilai margin yang kecil. Insya-Allah kalau diberikan peluang, akan Adam terangkan lebih mendalam tentang perdagangan Forex ini. Sebagai beginner, Adam bermain dalam akaun demo menurut nasihat Fakhrul yang mana seorang beginner sekurang-kurangnya perlu bermain dalam akaun demo selama lebih kurang enam bulan bagi memahami naik turun pasaran. Pada pandangan Adam, seseorang beginner perlu bermain dalam akaun demo bagi memantapkan diri agar tidak menggelabah sekiranya berlaku kerugian dalam akaun live. Sesungguhnya perdagangan Forex ini memerlukan kesabaran, kesungguhan dan yang paling penting — tidak tamak. Sekiranya berlaku ketamakan ketika menjalankan perdagangan, nescaya profit yang ada akan hangus menjadi kerugian. Renungkan.