≡ Menu

Review Semester 4 Broadcasting

Subjek Semester Empat Broadcasting

Sebagai memenuhi tanggungjawab sebagai seorang yang telah berjaya menamatkan semester empat Broadcasting UiTM Shah Alam, saya dengan besar hati mempersembahkan kehidupan bergambar seorang Rock Star! Klik sini untuk laporan bergambar! Gimik sekali sekala, gambar-gambar hasil petikan jari Zaifirra Fahanna menunjukkan seorang Broadcaster yang berjaya dengan cemerlangnya dalam bentuk bergambar.

Untuk semester empat, ada sembilan subjek (kursus) yang wajib di ambil. Lima subjek teras, tiga subjek elektif dan satu bahasa ketiga. Lima subjek teras itu ialah:

  1. Broadcast Critiques and Appreciation
  2. Broadcast and Multimedia Production
  3. Radio and Television News
  4. Electronic Media Marketing Strategies
  5. Media Law, Regulation and Ethics

Subjek favourite untuk semester Empat semestinya Broadcast and Multimedia Production. Semester ini, diibaratkan hidup untuk menjayakan program rakaman secara langsung dua jam di Studio TV FKPM. Betul, ramai antara kami yang fokus 80% kepada subjek ini berbanding subjek lain. Tetapi, jangan salah faham kerana subjek ini memerlukan anda bersedia daripada awal semester untuk mencari idea, konsep rancangan dan artis jemputan.

1. Broadcast and Multimedia Production

Subjek ini diajar oleh En Zulkiflee Abu Bakar, seorang pengarah untuk program TV Who Wants to Be a Millionaire, Seekers dan beberapa rancangan terbitan NTV7 pada suatu ketika dahulu. Tujuan subjek ini adalah untuk menerbitkan dua rancangan TV, pertama ialah rancangan carta selama 10 minit. Chart show ini memerlukan pelajar menggunakan teknik green screen di Studio untuk pengacara dan lainnya dalam bentuk editing di komputer. Assignment kedua ialah menerbitkan sebuah konsert dalam studio selama dua jam. Mungkin ini yang menjadi cabaran kerana pelajar perlu menyiapkan idea, konsep dan merancang pra-penerbitan sebelum rancangan berlangsung. Nak bercerita tentang perancangan, memang panjang. Tapi jangan risau kerana semua keperluan akan disediakan oleh En Zul pada kelas teori nanti. Pada masa yang sama, anda perlu juga belajar mengendalikan semua job di dalam konti seperti menjadi pengarah, penolong pengarah, VT operator, switcher, dan audio man. Apa yang akan anda dapat daripada kelas teori untuk membuat camera card, que card dan running order akan digunakan sepenuhnya semasa praktikal di studio nanti. Subjek ini akan jadikan anda seorang Superbroadcaster yang hebat kerana banyak masa akan dihabiskan di studio kelak. Hasilnya, klik sini.

Popup Selebriti bersama Amylea Azizan

2. Broadcast Critique and Appreciation (Ada Final Exam)

Subjek ini diajar oleh PM Abdul Ghani (Ustaz Ghani) yang mana setiap sesi kelas akan ditayangkan dengan beberapa filem; filem Melayu, filem Hindustan, filem Inggeris dan filem Indonesia. Selepas menonton, anda perlu menyiapkan review untuk setiap filem yang ditonton di kelas. Selain daripada itu, pelajar juga perlu menyiapkan beberapa tugasan lain seperti laporan anda tentang isu semasa dunia penerbitan filem dan TV tanah air.

3. Radio and TV News

Jika semester tiga anda belajar merakamkan suara untuk radio, subjek ini sekali lagi memerlukan anda membuat rakaman suara untuk berita radio dan berita TV. Selain merakam, Dr Mariah Muda juga akan mengajar untuk menulis berita untuk rakaman radio dan rakaman TV. Seperti biasa, berita radio akan dirakam di Studio Radio dan berita TV akan dirakam secara SCP di Studio TV.

4. Electronic Media Marketing Strategies

Untuk menjadi seorang penyiar yang berjaya, anda juga perlu belajar cara untuk memasarkan produk anda. Subjek ini memerlukan anda untuk mengkaji cara pemasaran radio tempatan termasuk jumlah iklan, bagaimana laman web dipersembahkan dan adakah mencapai golongan yang disasarkan untuk pemasaran produk. Lebih kurang dengan Marketing yang dibelajar semasa diploma dulu-dulu.

5. Media Law, Regulation and Ethics (Ada Final Exam)

Oh yeah! Satu lagi subjek yang sebenarnya memerlukan anda memberi tumpuan 100% kerana anda akan belajar undang-undang media. Sebagai seorang pengamal media, anda perlu tahu apakah undang-undang yang diperuntukan. Anda perlu memahami semua akta seperti akta hak cipta, akta fitnah, akta hasutan dan akta-akta media yang lain. Selepas memahami akta, anda perlu menghafal semua kes untuk dipadankan dengan akta. Contohnya kes Raja Petra dipadankan dengan Akta Hasutan. Banyak kerja rumah perlu dibuat termasuk review buku dan menghafal akta!

6. Interactive Advertising (Elektif)

Sebab pertama saya pilih subjek ini kerana tak ada final. Sepanjang semester anda akan belajar menyunting gambar dengan Adobe Photoshop dan akhirnya akan dijadikan sebagai laman web. Jika anda kata laman web itu susah, saya kata tidak kerana laman web anda akan menggunakan kebanyakkan gambar yang diedit dengan Photoshop. Kelayakan untuk subjek ini ialah kenal Photoshop dan tahu edit gambar. Lagi, jangan ponteng kelas En Khai ini atau anda tahu musibatnya. Sekian.

7. Interpersonal Communication (Elektif – Ada Final)

Saya pilih elektif ini kerana saya suka kepada Human Communication. Bagi yang pernah belajar Human Communication semasa Diploma, anda akan belajar benda yang sama. Jadi, tak perlu pening kerana anda akan belajar bagaimana untuk menjadi seorang Broadcaster yang mempunyai kemahiran komunikasi antarapersonal yang hebat. Jangan terkejut, assignmentnya ialah reviu filem antarabangsa dan satu filem P. Ramlee. Lagi satu, hantar set gambar muka anda dengan enam ekspresi muka berbeza.

8. Communication & Change (Elektif)

Bagaimana komunikasi membantu sesuatu etnik itu cenderung untuk berubah? Kelas En Dzulkarnain akan membawa anda menyelusuri Sungai Tembeling, Pahang untuk merasai sendiri pengalaman bermalam di perkampungan yang terletak 8 km jauhnya di dalam Taman Negara dan berjumpa orang asli kaum Batek. Pengalaman ini hanya akan diperolehi dengan subjek ini. Boleh masuk Utusan lagi!

Selesai sudah. Jika anda ada kemusykilan, jangan segan silu tanya saya di ruangan komen di bawah. Selamat Maju Jaya!

Other articles you might like;

1 comment… add one
  • nizar February 12, 2012, 4:31 pm

    Terbaik…. terima kasih adam…tumpang share dgn kengkawan ea..

Leave a Comment