Tag: reviu filem

  • Review Semester 4 Broadcasting

    Review Semester 4 Broadcasting

    Subjek Semester Empat Broadcasting

    Sebagai memenuhi tanggungjawab sebagai seorang yang telah berjaya menamatkan semester empat Broadcasting UiTM Shah Alam, saya dengan besar hati mempersembahkan kehidupan bergambar seorang Rock Star! Klik sini untuk laporan bergambar! Gimik sekali sekala, gambar-gambar hasil petikan jari Zaifirra Fahanna menunjukkan seorang Broadcaster yang berjaya dengan cemerlangnya dalam bentuk bergambar.

    Untuk semester empat, ada sembilan subjek (kursus) yang wajib di ambil. Lima subjek teras, tiga subjek elektif dan satu bahasa ketiga. Lima subjek teras itu ialah:

    1. Broadcast Critiques and Appreciation
    2. Broadcast and Multimedia Production
    3. Radio and Television News
    4. Electronic Media Marketing Strategies
    5. Media Law, Regulation and Ethics

    Subjek favourite untuk semester Empat semestinya Broadcast and Multimedia Production. Semester ini, diibaratkan hidup untuk menjayakan program rakaman secara langsung dua jam di Studio TV FKPM. Betul, ramai antara kami yang fokus 80% kepada subjek ini berbanding subjek lain. Tetapi, jangan salah faham kerana subjek ini memerlukan anda bersedia daripada awal semester untuk mencari idea, konsep rancangan dan artis jemputan.

    1. Broadcast and Multimedia Production

    Subjek ini diajar oleh En Zulkiflee Abu Bakar, seorang pengarah untuk program TV Who Wants to Be a Millionaire, Seekers dan beberapa rancangan terbitan NTV7 pada suatu ketika dahulu. Tujuan subjek ini adalah untuk menerbitkan dua rancangan TV, pertama ialah rancangan carta selama 10 minit. Chart show ini memerlukan pelajar menggunakan teknik green screen di Studio untuk pengacara dan lainnya dalam bentuk editing di komputer. Assignment kedua ialah menerbitkan sebuah konsert dalam studio selama dua jam. Mungkin ini yang menjadi cabaran kerana pelajar perlu menyiapkan idea, konsep dan merancang pra-penerbitan sebelum rancangan berlangsung. Nak bercerita tentang perancangan, memang panjang. Tapi jangan risau kerana semua keperluan akan disediakan oleh En Zul pada kelas teori nanti. Pada masa yang sama, anda perlu juga belajar mengendalikan semua job di dalam konti seperti menjadi pengarah, penolong pengarah, VT operator, switcher, dan audio man. Apa yang akan anda dapat daripada kelas teori untuk membuat camera card, que card dan running order akan digunakan sepenuhnya semasa praktikal di studio nanti. Subjek ini akan jadikan anda seorang Superbroadcaster yang hebat kerana banyak masa akan dihabiskan di studio kelak. Hasilnya, klik sini.

    Popup Selebriti bersama Amylea Azizan

    (more…)

  • (REVIEW) Nur Kasih the Movie

    (REVIEW) Nur Kasih the Movie

    Poster Nur Kasih

    Akhrinya, Adam berkesempatan menonton Nur Kasih the Movie selepas empat hari ditayangkan di pawagam. Sejak diumumkan bahawa Nur Kasih the Series akan difilemkan, sudah ramai yang menaruh harapan yang tinggi terhadap filem ini, selepas mencetuskan fenomena kira-kira dua tahun lepas melalui siri televisyennya.

    Saya yakin sejak ditayangkan, pawagam pasti penuh. Hari ini juga full-house sejak ditayangkan bermula jam 10.30 pagi di Jitra Mall Cinema. Keseluruhan filem ini adalah hebat, daripada segi plot dan skrip yang ditulis oleh Mira Mustaffa.

    Sinopsis

    Nur Kasih The Movie ini adalah kesinambungan daripada drama siri TV popular Nur Kasih. Filem ini adalah selepas lapan tahun kisah didalam drama Nur Kasih berakhir.

    Filem ini dibuka dengan satu kejadian kemalangan yang ngeri berlatarbelakangkan pemandangan padang pasir Jordan yang indah. Kemalangan ngeri yang disaksikan oleh dua orang arab Badwi itu adalah satu permulaan kisah yang menyentuh hati didalam filem Nur Kasih The Movie ini.

    Filem ini kemudian membawa penonton ke Kuala Selangor dimana Nur Amina dan Adam sedang bernostalgia mengimbau kenangan lalu. Satu demi satu cerita terungkap dan dapat diketahui bahawa isteri Aidil, Aliyah telah meninggal dunia.

    Anak Aidil, Ilyas dan Maryam mempunyai personaliti yang berbeza. Ilyas seperti ayahnya Aidil, lebih suka memendam perasaan dan meratapi pemergian ibunya dalam diam dan lebih mengambil berat tentang keadaan ayahnya. Manakala Maryam pula masih terlalu kecil untuk memahami situasi yang berlaku. Aidil melepaskan beban penderitaan batin yang ditanggungnya dalam satu peristiwa yang menyayat hati.

    Adam dan Nur Amina kembali ke Kuala Lumpur dimana mereka menghabiskan masa menjadi sukarelawan di sebuah pusat jagaan kanak-kanak bermasalah. Tujuannya kerana untuk menghilangkan perasaan rindu terhadap anak-anak kerana telah lama mereka belum lagi dikurniakan cahaya mata. Di pusat jagaan ini, watak Mamat, Sara, dan Jamal akan mewarnai kisah mereka.

    Apabila mengetahui Nur Amina mengandung, Adam bersyukur kepada Allah, namun takdir menentukan, bayi didalam kandungan Nur Amina keguguran. Kejadian ini membuatkan Adam hilang pertimbangan dan mula berpaling daripada ajaran Allah. Walaubagaimanapun, Aidil berjaya memimpin Adam kembali ke jalan yang benar.

    Adam dan Nur Amina bercadang melawat Mekah dan kemudian menyusul ke Jordan pula. Di Jordan, pasangan ini menemui kedamaian yang dicari, namun Adam kembali dihantui oleh igauan ngeri. Adam sering terbayang Nur Amina akan mati. Adam merasakan bahawa ada satu petanda buruk yang akan berlaku. Keimanan dan kesabaran akan teruji lagi. Adam dan Nur Amina mengalami satu kemalangan dahsyat. Didalam serpihan kemalangan itu, Adam mendapati Nur Amina terbaring kaku. via The Best Films dot Net

    Tema

    Nur Kasih the Movie

    Nur Kasih the Movie mengangkat tema percintaan, keagamaan dan kekeluargaan. Setiap babak yang dipertontonkan tidak terlepas daripada mengaitkan dengan hubungan baik antara keluarga, sikap seorang Muslim yang baik dan kasih sayang antara seorang suami dan isteri serta ibu bapa dan anak-anak.

    (more…)