Tag: Student Portal

  • (SAH) Keputusan Peperiksaan Akhir Sarjana Muda UiTM 17 Jun 2011

    (SAH) Keputusan Peperiksaan Akhir Sarjana Muda UiTM 17 Jun 2011

    Keputusan Peperiksaan Akhir Sarjana Muda UiTM 17 Jun 2011

    Selepas Keputusan Peperiksaan Akhir Diploma 2011 diumumkan pada 25 Mei 2011, hari ini Dr Hadariah Bahron daripada Jabatan Hal Ehwal Akademik mengumumkan bahawa Keputusan Peperiksaan Akhir Sarjana Muda UiTM akan diumumkan pada 17 Jun 2011.

    Menurut beliau, walaupun tarikh asal pengumuman pada 2 Julai 2011, tetapi tarikh keputusan diawalkan bagi membolehkan siswa dan siswi yang tamat belajar untuk mendapatkan transkrip penuh lebih awal. Selamat Maju Jaya! via FB TNC UiTM.

    (more…)

  • Result UiTM Hari Ini

    Result UiTM Hari Ini

    Saya fikir trending untuk hari ini dan esok ialah result peperiksaan akhir semester UiTM. Macam biasa, apabila hari kejadian, keadaan server UiTM akan menjadi sesak pada waktu puncak dan semangat yang berkobar-kobar akan terkubur dek kesesakan ini. Ura-ura mengatakan bahawa pihak pentadbiran UiTM akan mengubah sistem pengumuman keputusan dengan menghantar keputusan itu kepada email setiap siswa. Saya sedang mencari bukti sahih daripada profail Dato’ VC UiTM tetapi gagal.

    Hari ini, sekitar jam 10.00 pagi, saya dan beberapa orang rakan sempat untuk memeriksa dan selang sejam kemudian, pentadbir Student Portal telah menutup pautan untuk memeriksa keputusan. Saya sempat mendapatkan pautan dengan menggunakan pautan ini, Result UiTM.

    Alternatifnya, gunakan Mini Transkrip di Student Portal untuk melihat result atau tunggu esok, 10 Disember ;)