Kepada anda yang selama ini menunggu dengan sabar untuk memiliki Nokia Lumia 930, kini anda boleh memilikinya kerana ia telah mula dipasarkan di pasaran tempatan. Pengumuman rasmi tentang produk itu telah dibuat oleh Microsoft Mobile hari ini.
Tag: Nokia
-
Microsoft Mobile umum lancarkan Nokia Lumia 930
-
Nokia E72, RM1630
Sempat ke EasyRing Trading Kangar selepas menyelesaikan beberapa urusan di Kangar tadi. Tiba tiba berminat untuk tanya stok E72 yang kini menjadi tumpuan para peminat telefon pintar QWERTY. Di Kangar, harga sebuah telefon ialah RM1,630 untuk set Zitron. Malangnya, telefon E71 ini hanya bernilai RM600 untuk harga secondhand. Untuk trade in, Adam perlu topup RM1000 jika berminat untuk menggunakan telefon pintar ini.
Menarik fungsi NaviOpti yang hanya perlu scroll di atas pad tersebut. Sehingga hari ini, E71 masih mampu berbakti dan tiada angan angan untuk menukar ke E72. :)
-
Minggu ke Tujuh Lagi!
Ini juga cerita berkaitan dengan minggu ketujuh. Minggu ini Adam masih berpeluang untuk menulis. Menggunakan kemudahan teknologi yang ada untuk mengambil kesempatan atas kesempitan masa. Ayat nak mantap!
Minggu ini berjalan dengan cukup lancar sekali. Hari Isnin, untuk kelas Audio Visual kami membentangkan jalan cerita untuk filem pendek kami. Alhamdulillah, Cik Maizurah amat berkenan dengan jalan ceritanya. Juga rakan-rakan yang lain juga setuju. Buat pertama kalinya juga kami diperkenalkan dengan kamera Panasonic 3CCD, sama seperti apa yang dilihat di Fotokem Plaza Low Yatt pada minggu lepas, RM13,999 nilainya. Kami diajar secara praktikal untuk berkenalan dengan kamera juga fungsinya.
Selasa, kelas Event Management dilanda kegusaran. Mana taknya, Madam Rosilawati begitu bad mood pada pagi tersebut. Mungkin atas sebab ramai yang datang lambat, juga langsung tidak datang. Pada petangnya, kelas Marketing dibatalkan. Oh, minggu lepas kami bersama DMC5E menyambut hari lahir Miss Zuliani aka Miss Iko di dalam kelas. Gambar akan disusulkan kemudian.
