≡ Menu

Menjaga Hati

Alamak, dua tiga hari ni asyik berfikir tentang menjaga hati lagi. Sakit hati juga kalau kerap sangat berfikir tentang soal menjaga hati. Susah juga menjadi orang yang terlalu baik sehingga ada orang lain yang berani pijak kepala kita. Lebih sakit lagi apabila orang yang kita marahkan itu buat perangai lagi. Umpama mencurah petrol ke dalam api kiranya.

Jadi, untuk membawa maksud yang tersimpan di dalam hati, eloklah kiranya saya gunakan rangkap di bawah ini untuk menjelaskan keadaan yang sebenarnya.

Kita tidak pernah sedar bahawa kita bukannya sempurna untuk dapat orang yang sangat-sangat sempurna dalam hidup kita. Kita bukan siapa-siapa untuk buat orang sayang kita seperti mana kita sayang dia sebab kita bukan siapa-siapa pun padanya. Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa orang yang kita tidak pedulikan amat sayang pada kita. Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa kita terlampau sayang kepada orang sedangkan dia selalu menyakitkan hati kita.

Motifnya? Sayangilah setiap individu yang menyayangi kita dengan ikhlas hati dan dengan penuh kerelaan. Sayangi diri, keluarga dan rakan-rakan anda selagi termampu. Oh, dah dua hari Adam pasangkan lagu dan berkaraoke “Bila Bunga di Petik Orang” nyanyian Sejati.

Sejati – Bila Bunga di Petik Orang

Sunyi di hati ku
Bila bunga di petik orang di taman
Walaupun ku jaga dan ku siram
Ku jaga kembangnya

Sang kumbang merana
Tiada bunga
Bungaya tiada dua
Moga ia kembali ke asalnya
Yang masih menanti

Tiada ku lupa kemesraan, kejujuranmu itu
Tapi mengapakah kau berubah
Tak seperti dulu
Aku tersiksa diri merana
Kerana dikau wahai bungaku
Lupakan dia kekasih baru
Yang kau tak kenal isi hatinya
Aku mengharapkan kembalilah
Wahai kau bunga jangan pergi

Ku tetap menunggu menunggumu
Walaupun di balik awan
Jangan rosakkan hati ini
Yang suci abadi

Other articles you might like;

1 comment… add one
  • beliamuda April 26, 2009, 9:30 am

    lagu tu.. hmm.. best jugak.. tapi tak lepas la nak karaoke..

Leave a Comment