Tag: lirik

  • Menjaga Hati

    Menjaga Hati

    Alamak, dua tiga hari ni asyik berfikir tentang menjaga hati lagi. Sakit hati juga kalau kerap sangat berfikir tentang soal menjaga hati. Susah juga menjadi orang yang terlalu baik sehingga ada orang lain yang berani pijak kepala kita. Lebih sakit lagi apabila orang yang kita marahkan itu buat perangai lagi. Umpama mencurah petrol ke dalam api kiranya.

    Jadi, untuk membawa maksud yang tersimpan di dalam hati, eloklah kiranya saya gunakan rangkap di bawah ini untuk menjelaskan keadaan yang sebenarnya.

    (more…)

  • Curahan Rasa

    Cuarahan Rasa. Ketika pemikiran melayang jauh. Lagu ini diputarkan di corong radio kegemaranku, Sinar FM. Hari-hari terakhir yang agak sibuk menjadikan pemikiran lebih bercelaru ditambah dengan sakit-sakit yang tidak diundang. Bermula dengan keracunan makanan akibat memakan makanan dining (sekadar andaian) atau meminum air daripada tandas yang dimasak, kemudian badan menjadi panas-panas. Alah bisa tegal biasa. Semuanya dihadapi dengan penuh tenang. Namun beberapa perkara yang telah lama difikirkan umpama datang berlegar-legar di kotak fikiran. Kenapa perlu bermain di sini? Tidak ada tempat lainkah untuk kalian bermain dan berseronok? Keluar dari sini!!

    Hujung minggu, Adam sekali lagi berada di Cheras. Semalam menyertai DMC 3E ke rumah terbuka Saudari Acud dan Saudara Fadh di Kuala Pilah. Kemudian secara terus ke Cheras dengan Sharifah dan Azza yang pulang ke Klang. Alhamdulillah, kesemua laporan telah berjaya disubmit. Cuma tinggal beberapa individual assignment yang perlu dibereskan. InsyaAllah, Adam akan siapkan secepat mungkin kerana hanya tinggal dua minggu lagi sebelum final exam menjengah tiba.

    (more…)