Makan RM45.90 Untuk Berdua di TGI Fridays

TGI Fridays Meal for Two

Manusia biasanya mudah tertarik dengan iklan sebegini rupa. Pantang ada promosi sikit, mula kita tergoda. TGI Fridays pun buat benda yang sama, gabungkan appetizers dan dua main meals dalam satu harga.

Meal for 2 ni sedikit sebanyak buat aku nak mencuba, apa yang menarik di TGI Fridays. Bagi yang dah biasa makan sini, mereka akan tahu keenakan steak-nya. Tapi kita cuba benda yang baru.

Harini, kami pesan Chicken Fatijas Nachos, Outrageous Sliced Beef Tacos dan Fridays Cheeseburgers. Sama macam dalam gambar promo di atas. Kalau nak order bottomless drinks, bayar extra RM9.90 dan untuk dessert, cuma tambah RM10 lagi. Kalau campur-campur, memang ada jimatnya.

Boleh la makan sekali sekala, untuk meraikan apa-apa. Nak makan selalu tunggu dapat sales daripada projek yang terbaru ni dulu. Insya Allah. Kalau ada plan nak ke TGI Fridays esok, tengok menu untuk Meal for 2 siap siap kat site TGI Fridays ni.

Comments

7 responses to “Makan RM45.90 Untuk Berdua di TGI Fridays”

  1. Travelog Siti Avatar

    RM45.90 untuk makanan dalam gambar tu bagi saya agak mahal. Sebab tu makanan crap..

    1. Adam Roslan Avatar

      Setuju juga, sekali sekala nak merasa apa yang menarik di sini.

  2. islam di dadaku Avatar

    harganya murah ya dengan menu seperti itu mestilah menarik ditambah iklan yang menarik juga

    1. Adam Roslan Avatar

      Iklan yang buat kita tertarik nak makan walaupun makanannya biasa biasa saja.

  3. mrhanafi Avatar

    teknik promosi yang kadang-kadang boleh mengiurkan sesiapa sahaja yang tak tahan nafsu makannya

  4. Mak Jemah Jual Vitamin Avatar

    boleh tahan juga harganya, memang itu harga standard tgi friday..kalau sedap mungkin berbaloi..

  5. titan Avatar

    leh la makang dengan bini plak nanti ehh..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *