(LIVE) Keputusan Malaysia lwn Singapura Sukan Sea 2011 Jakarta

(LIVE) Keputusan Malaysia lwn Singapura Sukan Sea 2011 Jakarta

(LIVE) Keputusan Malaysia lwn Singapura Sukan Sea 2011 Jakarta

Kapten, Baddrol Bakhtiar mengetuai tonggak yang membantu skuad Datuk K. Rajagobal muncul di Laos, dua tahun lalu bersama Ahmad Fakri Saarani, Mahalli Jasuli, Asraruddin Putra Omar dan Muslim Ahmad, tetapi K. Gurusamy Govandar mungkin terpaksa direhatkan seketika.

Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta juga kian pasti menyaksikan Khairul Fahmi Che Mat selaku benteng terakhir skuad bawah 23 tahun negara yang pastinya masih ‘berdendam’ dengan kekalahan agregat Harimau Malaya kepada Singapura dalam Kelayakan Piala Dunia, Julai lalu.

Tanpa Gurusamy, malah Irfan Fazail di bahagian tengah gara-gara kecederaan, Kim Swee cuba mengubah suai kehadiran beberapa calon lain seperti Syahrul Azwari Ibrahim, Yong Kuong Yong, Shukor Jusoh dan Nazmi Faiz Mansor yang baru kembali daripada Kelayakan Bawah 19 Tahun Asia di Ho Chi Minh, Vietnam. – Utusan

Live Streaming N/A

Keputusan Penuh
Malaysia 0 – Singapura 0

24′ – Safirul B.S. dilayangkan kad kuning
28′ – Kad kuning kedua kepada Irwan Shah selepas mengasari Fakhri Shaarani
93′ – Malaysia dan Singapura seri tanpa jaringan.

Comments

8 responses to “(LIVE) Keputusan Malaysia lwn Singapura Sukan Sea 2011 Jakarta”

  1. zieyzain Avatar

    semoga pasukan harimau muda mengaum disana,..ehehe..=) ziey singgah sini!

  2. airaniez Avatar

    Woahhh..Seri ke?Malaysia kena bangkit! Permainan aritu dah best dah..tapi sekarang…huhu

  3. monmon Avatar

    irwansyah main bola? XD

  4. AieN Avatar

    result berape??..semalam tengok gak tapi tak habis sebab berangkat balek umah…

  5. Red Giant & Red DeviL Avatar

    Aduhaiiii… Main Dah Ok… Tp Finishing Takde…. Harap, Tajam Kan Penyudah Game Kedua Nnt…

  6. Hisyam Avatar

    malaysia patutnya boleh menang semalam, Spore tidak memberikan saingan yang kuat. tapi dah takde rezeki..

  7. Pacifista Avatar

    nampak agak kasar jugak permainan semalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *