Tag: keputusan malaysia singapura

  • (LIVE) Keputusan Malaysia lwn Singapura Sukan Sea 2011 Jakarta

    (LIVE) Keputusan Malaysia lwn Singapura Sukan Sea 2011 Jakarta

    (LIVE) Keputusan Malaysia lwn Singapura Sukan Sea 2011 Jakarta

    Kapten, Baddrol Bakhtiar mengetuai tonggak yang membantu skuad Datuk K. Rajagobal muncul di Laos, dua tahun lalu bersama Ahmad Fakri Saarani, Mahalli Jasuli, Asraruddin Putra Omar dan Muslim Ahmad, tetapi K. Gurusamy Govandar mungkin terpaksa direhatkan seketika.

    Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta juga kian pasti menyaksikan Khairul Fahmi Che Mat selaku benteng terakhir skuad bawah 23 tahun negara yang pastinya masih ‘berdendam’ dengan kekalahan agregat Harimau Malaya kepada Singapura dalam Kelayakan Piala Dunia, Julai lalu.

    Tanpa Gurusamy, malah Irfan Fazail di bahagian tengah gara-gara kecederaan, Kim Swee cuba mengubah suai kehadiran beberapa calon lain seperti Syahrul Azwari Ibrahim, Yong Kuong Yong, Shukor Jusoh dan Nazmi Faiz Mansor yang baru kembali daripada Kelayakan Bawah 19 Tahun Asia di Ho Chi Minh, Vietnam. – Utusan

    (more…)