Keputusan Undian Peringkat Kumpulan Zon Asia Kelayakan Piala Dunia 2014 Brazil

Keputusan Undian Peringkat Kumpulan Zon Asia Kelayakan Piala Dunia 2014 Brazil

Keputusan Undian Peringkat Kumpulan Zon Asia Kelayakan Piala Dunia 2014 BrazilSelepas selesai perlawanan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2014 yang menyaksikan Harimau Malaya terkandas selepas tewas menerusi agregat 6-4 kepada Singapura, hari ini FIFA mengeluarkan keputusan undian peringkat kumpulan Zon Asia bagi kelayakan peringkat ketiga.

  • Kumpulan A – China, Jordan, Iraq, Singapura
  • Kumpulan B – Korea Selatan, Kuwait, UAE, Lebanon
  • Kumpulan C – Jepun, Uzbekistan, Syria, Korea Utara
  • Kumpulan D – Australia, Arab Saudi, Oman, Thailand
  • Kumpulan E – Iran, Qatar, Bahrain, Indonesia

Wakil Asia Tenggara, Singapura, Thailand dan Indonesia masing-masing diundi dalam kumpulan A, D dan E. Singapura dan Indonesia dilihat berpeluang layak ke peringkat seterusnya memandangkan persaingan tidak sehebat Thailand yang diundi bersama Australia dan Arab Saudi.

Sumber: 2014 FIFA World Cup Brasil

Comments

6 responses to “Keputusan Undian Peringkat Kumpulan Zon Asia Kelayakan Piala Dunia 2014 Brazil”

  1. Pacifista - X Avatar

    kalau malaysia menang aritu,mesti masuk kumpulan A kan?huhu…sadisnya…

    1. Adam Roslan Avatar

      Haha. Ganti tempat Singapura dengan Malaysia, itu sepatutnya.

  2. husna Avatar

    itu namanya, tak de rezeki…

  3. afiq aiman Avatar

    rasanya kumpulan C agak sengit. Safee Sali boleh main untuk Indonesia tu hehe

  4. akubiomed Avatar

    Pahit untuk ditelan tetapi kekalahan melangkah ke peringkat seterusnya akan membakar semangat skuad Harimau Malaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *