Kenapa Saya Anti Bersih 2.0?

Kalau bercakap pasal hak bersuara, saya perlu suarakan hak saya untuk menentang perhimpunan Bersih 2.0.

Kenapa saya menentang Bersih 2.0?

Saya sedang merancang untuk melawat adik di Putrajaya hujung minggu ini. Disebabkan Bersih, polis membuat sekatan di beberapa hotspot bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku seperti menyeludup masuk senjata ke Kuala Lumpur. Pfft.

Oleh sebab sekatan tersebut, pihak sekolah telah membatalkan program dan tidak membenarkan pelajar keluar daripada sekolah. Jadi, tiada point lagi untuk saya ke sana.

Saya anti Bersih. Gunakan cara bijak untuk berunding dan bukannya dengan mengadakan perhimpunan yang menyusahkan. Saya fikir orang politik lagi bijak sebab itu boleh jadi ahli politik. Gunakan teknik ‘negotiation’ yang anda belajar wahai peguam peguam sekalian.

P/s – Siapa yang conteng dinding?
P/s/s – Perbadanan Stadium Merdeka menolak permohonan Ambiga untuk berhimpun di Stadium Merdeka kerana stadium tersebut sedang giat menjalani kerja-kerja baik pulih. Lagi mana lepas ni? Stadium Bukit Jalil kah?

Comments

15 responses to “Kenapa Saya Anti Bersih 2.0?”

  1. sayacomel Avatar

    hoho..pakai stadium? ada stadium bagi ker??

    1. Adam Roslan Avatar

      Sampai hari ini Stadium Merdeka dan Stadium Negara tak dibenarkan. MB Selangor offer Stadium Melawati. Tengok apa nak jadi.

  2. far_east Avatar

    meh pakai stadium kat umah saya nie…mai mai..

  3. ibuintan Avatar

    memang menyusahkan banyak pihak….. benci2

    1. Adam Roslan Avatar

      Rakan di sekitar KL terpaksa berhadapan dengan kesesakan akibat sekatan jalan raya yang banyak. Cukup seksa.

  4. Izwan Avatar

    BERSIH ada objektifnya tersendiri yang mana kita boleh sokong beberapa point yg baik..
    cuma pendekatannya mungkin perlu dipelbagaikan selain daripada demo jalanan..
    bila melibatkan politik tu jadi berat tu..

    1. Adam Roslan Avatar

      Musyawarah jalan paling betul. Memang ada kelongsongan dalam 8 tuntutan tapi kaedah tak kena. Menyusahkan orang ramai ada la.

      1. Izwan Avatar

        nak duduk sekali musyawarah tu payah..masing2 ego masing2.. jalan jem teruk tadi.. exit tol karak sebelah uia ni mak aihh.. jem brape KM ntah.. polis block betul2 lepas plaza tol..aku baru balik dari KLCC,tak nampak sgt block..mybe area2 BB,chow kit tu la teruk..

      2. hakmi Avatar

        sepatutnya anti perhimpunan bersih lebih tepat, kerana tuntutan bersih baik untuk demokrasi dalam negara sama ada pembangkang mahupun kerajaan

  5. tuan loyar Avatar

    sangat menyusahkan jammed sana sini kot…

  6. myairul Avatar

    baik g amal jariah kt umah org susah ke tmpt ibadat ke lg baik.. ni sume menyusahkan diri sendiri dgn org lain..

  7. Zara Avatar

    salam.terima kasih jemput baca entry tapi sangat silap orang. tq

  8. cik ainnn Avatar

    banyak keburukan daripada kebaikan. tak perlu pun sebenarnya BERSIH ni. serius

  9. Aina Avatar

    tak suka jugak.nanti tak terkawal kalau berlaku provokasi.Perhimpunan ni sepatutnya bersih sebagaimana matlamat asalnya tapi dah jadi tak bersih bila dipolitikkan

  10. sue Avatar

    tk sokong klu diorg ade agenda lain.. jngn menyusahkan org ramai krn kpntingn sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *