≡ Menu

Skuad Olimpik Negara dalam Kumpulan C bersama Syria, Bahrain dan Jepun

Skuad Olimpik negara dalam Kumpulan C bersama Syria, Bahrain dan Jepun

Skuad Olimpik negara bakal bersaing dalam Kumpulan C bersama Syria, Bahrain dan Jepun selepas selesai pengundian peringkat kumpulan akhir kelayakan Olimpik 2012 London yang berlangsung di ibu pejabat Konfederasi Bola sepak Asia (AFC), Bukit Jalil hari ini.

Menurut Jurulatih Olimpik negara, Ong Kim Swee yakin selepas prestasi dan aksi pemain yang cemerlang dan peluang untuk mara ke peringkat akhir masih terbuka luas. Skuad negara akan menghadapi Jepun dalam perlawanan pertama pada 21 September nanti di Jepun.

Juara peringkat kumpulan akan mara secara automatik manakala naib juara setiap kumpulan akan bermain dalam pusingan play off dengan juara play off akan menentang wakil negara Afrika untuk slot terakhir ke Sukan Olimpik 2012.

KUMPULAN A – Oman, Arab Saudi, Qatar dan Korea Utara

KUMPULAN B – UAE, Uzbekistan, Australia dan Iraq.

KUMPULAN C – Jepun, Malaysia, Syria, Bahrain.

Sumber: Arena.my

Other articles you might like;

4 comments… add one
  • hazwan July 7, 2011, 8:55 pm

    aku yakin malaysia mmpu masuk ke pusingan playoff..untuk jd juara cm susah sbb ada jepun tp semuanya bkn mustahil…aummm
    Entri terkini hazwan: Tujuan Ber-FacebookMy Profile

    • Adam Roslan July 7, 2011, 11:27 pm

      Malaysia boleh pergi jauh dengan prestasi sekarang. Cuma mental kena jaga. Kadang-kadang cepat sangat down.

  • titan July 8, 2011, 8:45 am

    kalau kita kalahkan jepun..itu dah cukup berjaya aku rasa..
    Entri terkini titan: Cek ke 12 dari NuffnangMy Profile

    • Adam Roslan July 8, 2011, 8:48 am

      Katanya sebelum berjumpa Jepun, mereka akan jumpa Korea Selatan dulu. Semoga maju jaya.

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3