≡ Menu

Histeria

Adam berpeluang menonton filem Melayu bergenre seram pada petang tadi selepas selamat tiba di bumi Melaka. Dengan ajakan Amzar untuk bershopping keperluan diri, kami ke GSC Dataran Pahlawan untuk menonton filem terbitan Tayangan Unggul ini.

Filem yang menampilkan Liyana Jasmay sebagai penggerak utama ini digembargemburkan sebagai sebuah filem terbaik dalam genrenya seperti yang dicanang kepada filem-filem Melayu yang lain. Sekali lagi Adam mengharapkan sebuah filem seram yang ‘menakutkan’ kerana Adam terpengaruh dengan trailer-nya, namun HAMPA.

Filem ini bermula apabila sekumpulan pelajar bergelak Pink Flamingo yang dianggotai oleh Alissa, Tini, Malini, Murni, Maryam, Jenny, dan Kerek didenda membersihkan kawasan sekolah selama 3 hari semasa cuti semester akibat kenakalan mereka mempermainkan guru dengan cara berpura-pura diserang histeria. Mereka ditempatkan di asrama usang di sekolah tersebut, di bawah pengawasan Cikgu Hilmi dan Zeta, pengawasan junior di sekolah tersebut.

Pada malam mulanya, Pink Flamingo mencabar Zeta untuk ke Makmal Berhantu sebagai cabaran sebelum diterima masuk menyertai kumpulan tersebut. Zeta akhirnya lulus dan diterima sebagai ahli baru Pink Flamingo. Pembunuhan bermula apabila ‘hantu raya’ membunuh Jenny dan menjelma sebagai dirinya. Kemudian jelmaan Jenny membunuh Cikgu Helmi.

Si Tukang Kebun juga dibunuh oleh hantu raya tersebut, dan kisah bunuh membunuh ini berlanjutan sehingga mangsa ke-9 iaitu Alissa. Agak berlaku kecelaruan semasa adegan ini kerana hantu raya berperanan menjadi pembunuh dan mengeruhkan keadaan. Pergaduhan antara Tini dan Kerek berakhir dengan pembunuhan oleh Tini dengan sebilah pisau.

Di penghujung cerita, Murni menceritakan sebagai hantu raya tersebut membunuh kesemua mereka 11 orang mangsa dengan kejam. Namun, penonton didedahkan dengan babak Murni sebenarnya menjadi dalang kepada kes pembunuhan yang dilakukan oleh hantu raya tersebut, yang dimiliki oleh Murni sendiri. Murni sebenarnya pada awal lagi telah merancang pembunuhan kesemua ahli Pink Flamingo atas dasar dendam kerana dia sering dibuli oleh mereka.

Komen saya: Saya ketawa apabila darah memancut bercucuran daripada leher Kerek. Zeta juga tiada feeling dalam memainkan wataknya apabila tiada langsung perasaan cemas untuk memberitahu rakannya dibunuh oleh hantu tersebut. Juga kenapa mereka perlu berlakon dalam kegelapan yang dibuat-buat atau kadang-kadang dari satu sumber cahaya sahaja? Efek hantu, efek darah dan hantu raya tersebut dah cun, macam filem seram Thailand, jalan cerita agak memuaskan dan elemen suspen perlu diserapkan oleh banyak. Mungkin pengarah James Lee perlu lebih banyak menjalankan kajian tentang makhluk halus ini sebelum diterjemahkan dalam bentuk filem.

Moral value: Kalau ada masalah, elok bawak berbincang. Bila dah mula berdendam, macam-macam si pendendam tu boleh buat, sehingga membawa kepada kematian.

Other articles you might like;

2 comments… add one
  • makcik.areyu January 2, 2009, 1:43 am

    yesh..makcik s0kong sgt2 dgn adam..moral value of dis st0ry..kal0 kite de pr0b jgn simpan dlm..sbb manusie ni slalu xlepas dr hasutan syaitan and bile dh mule brdendam phm2 jela..kal0 iman tebal and bleh tepis dendam and hasutan2 negatif tuh xpe gak..ni kalo dh smpai ke level yg bleh menyebabkn kematian or menjatuhjn maruah org..susah gak..(i said truly based on my experience sendirik..dihentam oleh classmate sendiri dlm blog beliau..sgt benci dgn blog sbb nih..memalukan makcik..and bile kite dkatkn diri dgn Tuhan..and bile bce blog adam and org laen,makcik tak jdik pendendam kat blog or blogger itu sendirik..sila phm ape tujuan kite create our own blog yea..byk lagi bnd yg bley kite isikan dlm blog selain mejatuhkn maruah kwn2 kite kan..asalkn kite tau sape diri kite..)sorry adam..mcm parasit lak areyu nih..the topic was changed..hik3..tp still relate dgn moral value yg adam tulis..wakakak.. ampun2..

  • catzer January 19, 2009, 9:34 am

    sib baik aku tak tgk cite ni kalau tak rugi jerk. Bukan tak support industri filem sendiri tp aku rasa cite hantu malaysia paling tertinggal sbb tiada kajian terperinci di lakukan.

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3

Next post:

Previous post: