≡ Menu

Blog yang Kesepian..

Lagi-lagi tajuk kesepian. Kesiannya pada Adam’s Playground ni asyik kena tinggal kesepian keseorangan. Sebenarnya banyak benda yang membuatkan blog ini terpaksa berada dalam kesepian.

  1. Ketiadaan idea bernas untuk dimasukkan ke dalam blog.
  2. Kesempitan dan kebatasan masa.
  3. Kemalasan yang terlampau sangat.
  4. Tiada usaha untuk memajukan blog.

Kalau ada masa pun, sempat letakkan lagu/lirik untuk lagu-lagu latest untuk dikongsi. Sebenarnya takut jugak untuk meletakkan direct download di site ni sebabnya perbuatan ini sama sekali telah melanggar hak cipta. Perkara ini turut terjadi kepada Portal Music Ireans yang mana sebelum ini amat popular dengan Mp3 Sharing dan kini terpaksa ditutup akibat arahan pihak berkuasa.

Kepada pelawat, terima kasih kerana sudi meluangkan masa ke sini walau tiada apa yang menarik di sini. Insya-Allah lepas ni aku akan berusaha untuk mendapatkan dua post bagi setiap minggu dengan adanya Celcom Broadband ni :)

Other articles you might like;

0 comments… add one

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3

Next post:

Previous post: