≡ Menu

Alhadulillah

Alhamdulillah, baru selesai solat Subuh dan buat brochure untuk Public Speaking dan sekarang masih lagi mencari-cari tempat tidur yang sesuai dalam bilik ni. Harini jadi meriah pulak bilik ni – kebiasaannya 5 orang aja tapi hari ini 6 orang termasuk Bugis. Sekali lagi aku tukar theme blog ni untuk mendapatkan mood baru, rasanya.

Dah lama aku mencari theme 2 column yang menarik seperti ini. Kalau sebelum ni aku gunakan FTW 3 column, rasa macam sempit pulak untuk ruangan entri yang kadang kala aku masukkan gambar dan sebagainya. Oh ya, cek daripada Nuffnang dah sampai!

Hari Jumaat – 14 Mac 2008 merupakan hari terakhir bagi minggu ke-11 dalam takwim UiTM dan tinggal lebih kurang 5 minggu lagi untuk Final Exam. Time macam ni la banyak assignment nak kena submit termasuk presentation untuk beberapa subjek. Insya-Allah minggu depan aku akan balik ke Perlis – berjumpa famili dan rakan di Perlis! Rindunya Perlis!

Lirik Maju Derma seperti yang direquest oleh Saudari Izzati :)

Maju Derma

Inilah barisan maju Derma
Cergas berfikiran sihat
Aneka bangsa bercorak sama
Penutut berpadu erat.

Berusaha tetapkan berjaya
Kami kota kata-kata
Derma maju kami bangga
Maju Derma maju Derma.

Tujuan Derma hanyalah satu
bersama penuntut guru
Wujudkan generasi berpadu
Teruskan ilmu selalu.

Tata tertib patuhi sentiasa
Langkah kami bersemangat
Mengharum Derma merata-rata
Derma jaya penuh rahmat.

Other articles you might like;

1 comment… add one
  • shandye March 15, 2008, 10:02 pm

    waa…
    dh ber-layout baru rupanya…
    haha… barulah kemas dan senang utk dibaca… btw, study elok2 utk finals yg bkl menjengah…
    aih… kerinduan pula pada zaman2 menjadi seorang student dulu…
    ngee…

Leave a Comment