Pertandingan Mencipta Video Merdeka merupakan satu pertandingan kandungan terbitan tempatan terbaik. Kandungan yang disertakan untuk pertandingan ini adalah dalam bentuk dokumentari, sketsa pendek, iklan atau mesej khidmat awam. Tema bagi pertandingan ini adalah “ICT dan Kemerdekaanâ€
Pertandingan ini adalah terbuka kepada kesemua pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia. Jangka masa (durasi) bagi setiap penyertaan adalah di antara 3 – 5 minit dan pada umumnya bertemakan kemerdekaan dan kemajuan ICT dengan membawa mesej semangat 1Malaysia.
Objektif bagi pertandingan ini adalah seperti berikut:
- Memupuk minat dan kreativiti di kalangan remaja Malaysia dalam mempromosi perpaduan dan semangat 1Malaysia melalui ICT (cth: penciptaan video);
- Mencetus keterujaan dikalangan remaja Malaysia terhadap potensi dan peluang dalam industri kandungan kreatif;
- Mendidik para pelajar tentang semangat patriotik dan menghargai sumbangan kemerdekaan terhadap kemajuan Negara
Durasi Penyertaan : 3-5 Minit
Tarikh Penyertaan :Â Â 1 Ogos 2011
Tarikh Tutup Penyertaan: 7 September 2011
Hadiah yang ditawarkan untuk tempat pertama ialah RM5,000 untuk setiap kumpulan beserta iPad 2, Piala dan sijil penyertaan setiap seorang; hadiah tempat kedua RM3,000 untuk setiap kumpulan beserta iPhone 4, Piala dan sijil penyertaan setiap seorang dan hadiah tempat ketiga RM2,000 untuk setiap kumpulan beserta kamera digital, Piala dan sijil penyertaan untuk setiap seorang. Hadiah saguhati bagi 7 pemenang RM500 untuk setiap kumpulan beserta sijil penyertaan untuk setiap seorang.
Maklumat lanjut di laman web SKMM.
Other articles you might like;
huuuu
contest mcm nieh best
now aku tgh crik idea n ilham for merdeka video
contest between kolej
adoiadoi
tak start lagi kot
its about perpaduan
aiyakkkkk
macam best.aku ni kalau ada keluangan memang aku join.ni duk sibuk memanjang,macam mana nak join buat video2 ni.huhu :p
Eiiii, best kan? yeah! we gonna join this, and mg group are on our way to make it :)
hehe. macam nak join. tapi bukan budak sekolah dah. sob3