≡ Menu

Bad Day

Salam.

Harini mungkin hari yang agak kurang menarik kepada Adam. Banyak perkara yang tidak senang hati berlaku kepada Adam.

Situasi #1: Adam basuh RH5775 di Carwash Lendu dan beberapa ketika selepas itu hujan turun dan membasahi bumi. RH5775 terkena tempiasnya.
Ayat Penyedap Hati: Hari tidak selalunya panas. Hujan akan turun mengikut kitarannya tanpa kita boleh menghalangnya. Jadi, hujan dan panas itu satu kitaran alam dan kita terpaksa akur kepadanya. Pasrah.

Situasi #2: Laptop Adam rosak dikala assignment bercambah untuk disiapkan.
Ayat Penyedap Hati:  Mungkin laptop dah terlalu uzur untuk terus digunakan akibat penggunaan lasak dan melampau. Adam dapat rasakan bahawa motherboardnya terbakar akibat daripada penggunaan melampau dan kerap kali panas pada tahap melampau. Survey untuk menukar kepada motherboard baru adalah sekitar RM400. Duit lagi.

Situasi #3: Adam terasa hati dengan seorang rakan.
Ayat Penyedap Hati: Hm! Mungkin salah Adam yang terlalu memikirberatkan perkara ini sedangkan kepadanya langsung tiada apa. Adam perlu berubah, tidak perlu bergantung atau berharap kepadanya lagi selepas ini. Mungkin.

Tetapi walau apa yang terjadi  mesti Adam hadapi dengan penuh tenang dan sabar kerana hidup ini ibarat roda. Mungkin kemarin Adam dah berada di atas dan hari ini giliran Adam untuk berada di bawah pula. Minggu depan merupakan satu cuti empat hari kepada warga UiTM Melaka sempena Hari Kebangsaan dan Awal Ramadhan sehingga hari Selasa. Apa perancangan Adam? Mungkin berada di sini sambil menyaksikan detik ambang merdeka di Padang Kawad, mungkin.

Other articles you might like;

1 comment… add one
  • Wan August 30, 2008, 11:28 pm

    Relax lah Adam..
    Pasal basuh motor tu, aku selalu kena..
    Habis sepuloh ringgit cuci keter, pastu hujan.. hehehhe

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3