Salam.
Rasanya dah tak lama meluahkan masa untuk Adam’s Playground ni. Actually cuti semester ni banyak betui aktiviti luaran yang terpaksa disetelkan walaupun kadang-kadang ada masa untuk online tapi jarang pulak dapat update blog ni.
Sedar tak sedar, harini dah 25hb dan tinggai 3 hari aja lagi untuk warga UiTM seluruh Malaysia untuk masuk mendaftar di kampus masing-masing pada 28hb. Sepanjang cuti ni, banyak projek bersama Putra Rovers berjaya dijalankan. Walaupun terpaksa berkorban masa, duit dan keringat tapi kepuasan bersama ahli rovers yang lain tetap kekal di dalam hati. :)
Tak banyak yang nak dicoretkan, cukup sekadar sebagai kesimpulan cuti semester sahaja. Tak banyak idea dan bahan menarik yang boleh dikongsikan bersama pelawat selain lagu-lagu yang agak top daripada Imran Ajmain dan Hujan. Kepada pelawat yang telah mendownload tu, terima kasih kerana sudi mengunjungi blog yang tidak seberapa ini. Cukup sekadar untuk memeriahkan industri blog tanah air.
Putra Rovers
Bermula dengan cadangan untuk memajukan Kem Pengakap Sungai Batu Pahat, kini kami telah berjaya menceriakan kawasan sekitar kem dengan beberapa perubahan baru. Antaranya mengecat pagar dan tembok di pintu masuk ke kem tersebut dan memasang papantanda baru.
Kemi telah dijemput oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis untuk menyertai Program Plan Tindakan HIV/AIDS Peringkat Negeri Perlis 2007 yang di adakan di Hosba Resort, Jitra. Seramai 13 wakil Putra Rovers menghadiri kursus tersebut. Selepas itu, kami bertungkus lumus untuk mengadakan Kem Orientasi Pengakap Kelana Putra 2008 yang diakan pada 14 hingga 16 Disember yang lalu. Walaupun kurang kehadiran peserta dan beberapa masalah lain yang tidak dapat dielakkan, namun kami tetap berpuas hati kerana berjaya mengajurkan kem yang dapat mengumpulkan semua ahli Putra Rovers sepanjang kem tersebut.
Selain itu, Putra Rovers juga telah mengajurkan aktiviti reakrasi lain seperti berkelah di Titi Hayun Yan, Kedah pada 23 Disember yang lalu. Aktiviti tersebut tidak tamat begitu sahaja, kami turut mengadakan konvoi berkereta ke Tanjung Dawai dan seterusnya menaiki bot ke Pantai Merdeka.
Reflector Studio
Seperti biasa, ahli Reflector Studio akan berkumpul pada cuti semester dan cuti ini digunakan sepenuhnya untuk mengeratkan tali silaturrahim sesama ahli. Kami telah mengadakan beberapa perlawanan futsal dan konvoi ke Kuala Perlis. Walaupun cadangan untuk mengadakan BBQ bersama di Gua Kelam tidak termakbul, namun kami masih lagi berupaya untuk berkumpul dan bertanya khabar semasa majlis makan malam akhir tahun Reflector Studio di Cindai Klasik Cafe.
Internet dan Komputer
Walaupun selalu online untuk memastikan laman web Dermarian.com sentiasa dalam keadaan baik, namun jarang sekali untuk membuat coretan di laman blog ini selain daripada memasukkan lagu-lagu baru untuk di download. Denda RM250,000 oleh kerajaan Malaysia akan dikenakan kepada para pemuat-turun haram akan berkuatkuasa tidak lama lagi dan seharusnya tindakan ini ada baik dan buruknya. Banyak cetak rompak berleluasa pada masa kini, termasuk laman web ini yang memberi peluang kepada peminat untuk mendengar preview lagu daripada artis-artis tempatan ;)
Jiwa dan Perasaan
Tak banyak yang nak di coretkan tentang jiwa dan perasaan. Cukuplah sekadar quote yang telah memberi dan membakar semangat aku untuk terus meneruskan kehidupan walaupun kita mesti terus meneruskan kehidupan.
Accept what you must and change what you can,
Think before you act and not regret any moment of carelessness,
Appreciate what you have and the wonderful person you are,
Enjoy the simple pleasures of life; in nature and in people,
Forgive mistakes and forget the past,
Learn and discover new experiences and take life as an adventures,
Dream and make plans for your future,
Go for what you want!!
Other articles you might like;
Adam… balik bila..??