Tag: beaufort

  • Umno Beaufort dipimpin Datuk Isnin Aliasnih: Najib

    Kepimpinan UMNO bahagian Beaufort akan dipangku timbalannya, Datuk Isnin Aliasnih susulan peletakan jawatan Datuk Seri Lajim Ukin, baru-baru ini.

    Demikian pengumuman yang dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Tertinggi UMNO di ibu pejabat parti di Menara Dato Onn di sini, lewat petang tadi.

    Bagaimanapun, Najib berkata, jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang sebelum ini dipegang Lajim tidak akan digantikan dengan calon baru atau dipangku sesiapa.

    Katanya, beliau akan “turun” ke Sabah pada 11 Ogos ini untuk bertemu dengan pemimpin dan ahli UMNO bahagian Beaufort bagi membincangkan situasi yang berlaku ketika ini sebelum membuat sebarang pengumuman.

    “Peletakan jawatan Lajim tidak akan memberi kesan kepada Pilihanraya Umum dan sebaliknya yakin ia akan memantapkan lagi kedudukan UMNO.

    “Saya yakin UMNO mampu menangani masalah ini dan akan mengambil langkah sesuai bagi memulihkan kedudukan Barisan Nasional di Sabah,” katanya di sini, hari ini.

    Sumber: Umno Beaufort dipimpin Datuk Isnin Aliasnih: Najib

  • Peletakan jawatan Lajim tak gugat BN: Najib

    Peletakan jawatan Datuk Seri Lajim Ukin sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ketua UMNO Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort tidak akan mengugat kedudukan Barisan Nasional, sebaliknya yakin mampu menangani cabaran itu.

    Demikian menurut Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Tertinggi (MT) UMNO di ibu pejabat parti di Menara Datuk Onn di sini, lewat petang tadi. Beliau berkata, setakat ini pelbagai khabar angin dan desas-desus tersebar tetapi BN akan melaksanakan langkah yang sesuai bagi menjamin kedudukan parti terus kukuh.

    “Susulan peletakan jawatan Datuk Seri Lajim (Ukin); Timbalannya, Datuk Isnin Aliasnih akan mengambil alih jawatan sebagai pemangku Ketua UMNO Bahagian Beaufort dan juga memutuskan Badan Perhubungan UMNO Negeri (BPUN) Sabah mengawasi perjalanan UMNO Beaufort dan memberi apa-apa juga bantuan yang diperlukan oleh bahagian ini untuk memastikan kekuatan UMNO dan BN tidak terjejas,” katanya.

    UMNO sudah menghantar surat tunjuk sebab kepada Lajim yang berkuat kuasa pada 30 Julai lalu dan diberikan tempoh dua minggu untuk dijawab, sejajar dengan Perlembagaan parti.

    Sumber: Peletakan jawatan Lajim tak gugat BN: Najib