≡ Menu

Sosej Pulut dan Kek Ayam ‘Lokcin’ Sah Ada Unsur Babi

Sosej Pulut dan Kek Ayam 'Lokcin' Sah Ada Unsur Babi

Sosej pulut dan kek ayam (dikenali sebagai lokcin oleh penduduk setempat) dijual secara berleluasa di Bazar Ramadhan dan pesisir pantai Kuala Perlis disahkan mengandungi unsur babi dan tidak halal dimakan.

Harian Metro melaporkan bahawa sosej pulut dan kepingan ayam (chicken cake) yang dijual di beberapa bazar Ramadan di sini dan digemari ramai penduduk tempatan, disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

Perkara itu disahkan Jabatan Kesihatan Perlis semalam selepas memperoleh keputusan analisis ke atas tujuh sampel awal yang dikumpulkan pihaknya di sekitar Sungai Bahru di sini dan daripada jumlah itu, dua disahkan mengandungi DNA babi.

Timbalan Pengarah (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) jabatan itu, Mahamad Sukor Senapi ketika dihubungi berkata, dua produk yang dijual tanpa jenama itu mengandungi DNA babi.

“Sejak tempoh dua minggu lalu, sekurang-kurangnya 16 sampel dikumpulkan di sekitar kawasan berkenaan susulan aduan orang ramai yang khuatir dengan status halal produk berkenaan yang dikatakan dibawa masuk secara haram dari Thailand.

“Buat masa sekarang, hanya dua daripada tujuh sampel awal disahkan mengandungi DNA babi dan kita masih menunggu hasil analisis baki sembilan lagi sampel yang dihantar bagi tujuan berkenaan,” katanya.

Sehubungan dengan itu, diharapkan agar orang ramai tidak lagi membeli sosej berkenaan dan pihak berkuasa harus menjalankan pemantauan dengan melarang penjual daripada terus menjual makanan tersebut. DNA babi tersebut dipercayai digunakan untuk memastikan sosej tahan lebih lama.

Other articles you might like;

11 comments… add one
Cancel reply

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3