Sosej Pulut dan Kek Ayam ‘Lokcin’ Sah Ada Unsur Babi

Sosej Pulut dan Kek Ayam 'Lokcin' Sah Ada Unsur Babi

Sosej Pulut dan Kek Ayam 'Lokcin' Sah Ada Unsur Babi

Sosej pulut dan kek ayam (dikenali sebagai lokcin oleh penduduk setempat) dijual secara berleluasa di Bazar Ramadhan dan pesisir pantai Kuala Perlis disahkan mengandungi unsur babi dan tidak halal dimakan.

Harian Metro melaporkan bahawa sosej pulut dan kepingan ayam (chicken cake) yang dijual di beberapa bazar Ramadan di sini dan digemari ramai penduduk tempatan, disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

Perkara itu disahkan Jabatan Kesihatan Perlis semalam selepas memperoleh keputusan analisis ke atas tujuh sampel awal yang dikumpulkan pihaknya di sekitar Sungai Bahru di sini dan daripada jumlah itu, dua disahkan mengandungi DNA babi.

Timbalan Pengarah (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) jabatan itu, Mahamad Sukor Senapi ketika dihubungi berkata, dua produk yang dijual tanpa jenama itu mengandungi DNA babi.

“Sejak tempoh dua minggu lalu, sekurang-kurangnya 16 sampel dikumpulkan di sekitar kawasan berkenaan susulan aduan orang ramai yang khuatir dengan status halal produk berkenaan yang dikatakan dibawa masuk secara haram dari Thailand.

“Buat masa sekarang, hanya dua daripada tujuh sampel awal disahkan mengandungi DNA babi dan kita masih menunggu hasil analisis baki sembilan lagi sampel yang dihantar bagi tujuan berkenaan,” katanya.

Sehubungan dengan itu, diharapkan agar orang ramai tidak lagi membeli sosej berkenaan dan pihak berkuasa harus menjalankan pemantauan dengan melarang penjual daripada terus menjual makanan tersebut. DNA babi tersebut dipercayai digunakan untuk memastikan sosej tahan lebih lama.

Comments

11 responses to “Sosej Pulut dan Kek Ayam ‘Lokcin’ Sah Ada Unsur Babi”

  1. syufa Avatar

    huhhh bahaya betul.
    nak makan skg kena extra careful lah. -.-

  2. Pacifista - X Avatar

    aku dah lama dah tak makan sosej ni.alhamdulillah…terelak jugak dari terjebak…

  3. myra abdullah Avatar

    huh! risau..makanan sekarang mcm2 kndungannyer.kene b’hati-hati ni.

  4. Tasha Avatar

    yg mn tu.x taw..huhuuuu

  5. Ammar Mariti Avatar
    Ammar Mariti

    oh nooo :( nasib baik tak makan.

  6. budaini Avatar

    nasib dua2 tak pernah makan…

  7. Mr.Bintang Avatar

    tanda benda lain ke nak letak supaya tahan lama? hurmmm…

  8. syud Avatar

    alamak… seriuss selalu beli..adoii…

    meloya tekak asa …

    ish3….

  9. Hez Avatar

    huhu xpenah makan bende2 camni..

  10. Wan Avatar

    habis nnt semua kedai lokcin kola tutup

  11. ann Avatar

    ni serius ke?? apsal tengok banyak je masih dijual.. ):

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *