Seorang maut, dua lagi parah apabila sebuah kereta hilang kawalan dan melanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki rombongan pengantin di Kilometer 13, Jalan MersingEndau di sini, malam kelmarin.
Dalam kemalangan jam 7.15 malam itu, penumpang Proton Wira, Mohd Fadhil Ariffin, 18, mati di tempat kejadian akibat cedera di kepala, manakala dua rakannya termasuk pemandu, selamat.
Dua penumpang Proton Exora, Abdul Fatah Idris, 84, serta isterinya, Indok Akok Dayang Sitakak, 78, cedera parah. Semua mangsa dirawat di Hospital Mersing.
Masuk laluan bertentangan
Ketua Polis Daerah Endau, Deputi Superintendan Mohd Nor Rasid, berkata siasatan awal mendapati Proton Wira itu hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung Proton Exora dinaiki rombongan pengantin dari Benut, Pontian.
Penumpang Proton Exora, Zaiton Abdul Fatah, 44, berkata dalam keadaan hujan dia melihat Proton Wira dari arah Endau terbabas dan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan MPV dipandu suaminya, Mohd Amin Masot, 48.
“Sebaik berlanggar, kami terperosok ke bahagian depan kereta. Saya juga lihat seorang penumpang Proton Wira turut tercampak dari kenderaannya,†katanya.
Sumber: Maut langgar konvoi pengantin
Other articles you might like;