≡ Menu

Insp Zulkifli Mamat, Koperal Sabarudin Daud – Dua Komando Terkorban di Lahad Datu

Insp Zulkifli Mamat, Sarjan Sabarudin - Dua Komando Terkorban di Lahad Datu

“AL-FATIHAH KEPADA G/17984 SKUAD 2/2006 INSP. ZULKIFLI MAMAT DAN SJN. SABARUDIN DARI UNIT 69 KOMANDO YANG TELAH TERKORBAN SEMASA PERTEMPURAN DI LAHAD DATU.”

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib mengesahkan dua anggota keselamatan negara manakala 12 anggota kumpulan penceroboh dari Selatan Filipina terkorban dalam pertempuran antara dua kumpulan terbabit pagi tadi.

Tiga anggota keselamatan turut disahkan tercedera dalam kejadian yang berlaku antara 20 hingga 30 minit pada jam 9.59 pagi.

Jenazah kedua-dua pegawai polis yang terkorban di Lahad Datu ini dijangka tiba di Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang jam 11.30 malam ini.

ANGGOTA polis di pos kawalan utama mengawal ketat laluan ke Kampung Tanduo berikutan insiden pertempuran antara anggota keselamatan dan penceroboh di Kampung Tanduo di Lahad Datu, hari ini. - Foto BERNAMA

Mar 1, 2013 6:49 PM – ANGGOTA polis di pos kawalan utama mengawal ketat laluan ke Kampung Tanduo berikutan insiden pertempuran antara anggota keselamatan dan penceroboh di Kampung Tanduo di Lahad Datu, hari ini. – Foto BERNAMA

ISTERI kepada Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat yang terkorban di Lahad Datu, Sabah, Nor Aziah Nor, 28, dipimpin saudara selepas mengetahui berita kematian suaminya, hari ini. Gambar kecil anak Allahyarham. - Foto L Manimaran

Mar 1, 2013 8:58 PM – ISTERI kepada Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat yang terkorban di Lahad Datu, Sabah, Nor Aziah Nor, 28, dipimpin saudara selepas mengetahui berita kematian suaminya, hari ini. Gambar kecil anak Allahyarham. – Foto L Manimaran

Mar 1, 2013 9:45 PM – Senarai nama anggota komando PDRM atau VAT69 yang terkorban dan cedera sewaktu serangan mortar dalam krisis Lahad Datu:

  1. Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat (Terkorban)
  2. Koperal 113088 Sabarudin B. Daud (Terkorban)
  3. Koperal 135383 Azman B. Ampong (Cedera)
  4. Koperal 152133 Mohd Tarmizi B. Hashim (Cedera di tangan dan kaki)
  5. Konstabel 176533 Mohamad Qaiyum’aiqal B. Zolkifli (Cedera di bahu kanan & kedua-dua kaki)

Mar 2, 2013 12:00 AM – Keluarga seorang daripada anggota polis yang cedera dalam insiden tembakan membabitkan kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo di sini hari ini, kesal dengan laporan media yang mengatakan anggota polis berkenaan terbunuh dalam kejadian itu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah media elekronik kononnya Azman terbunuh dalam insiden itu sedangkan anggota berkenaan cuma
cedera di tangan dan kaki.

Azman adalah antara tiga anggota polis yang cedera dan menerima rawatan di hospital di sini.

Madun berkata laporan tidak tepat itu telah meresahkan anggota keluarganya.

Mar 2, 2013 12:15 AM – Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yusoff memberitahu Bernama jenazah dijadual tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada kira-kira 9 pagi esok.

Anggota yang terkorban dari Kem Ulu Kinta itu ialah Insp Zulkifli Mamat, 29, dan Kpl Sabarudin Daud, 46.

Mar 2, 2013 14:22 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikan pangkat kepada dua anggota Komando VAT 69 yang terkorban dalam kejadian tembak menembak di Lahad Datu, semalam.

Insp Zulkifli Mamat, 29, dan Kpl Sabarudin Daud, 46 masing-masing dinaikkan pangkat Asisten Superintendan dan Sarjan.

Perdana Menteri dan isteri tiba di Lapangan Terbang TUDM Subang untuk memberi penghormatan terakhir kepada dua anggota komando polis yg terbunuh di Lahad Datu, semalam.

Mayat kedua-dua anggota VAT-69 yang maut dalam misi Ops Sulu di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo selamat tiba jam 12.30 tengah hari tadi dibawa oleh pesawat Charlie 130.

Antara yang hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman; Ketua Polis Selangor, Tun Hisan Tun Hamzah dan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

P/S – Saya akan update perkembangan semasa tentang dua orang pahlawan negara ini dari masa ke masa.

Other articles you might like;

5 comments… add one
  • titan March 1, 2013, 10:46 pm

    takziah pada keluarga mereka.

  • syaifuddin alias March 4, 2013, 12:33 pm

    takziah kpd keluarga wira negara

  • Myra Jay March 4, 2013, 8:25 pm

    Salam takziah buat keluarga arwah

  • hafizmd March 7, 2013, 11:15 am

    Al-fatihah buat pejuang negara.

    Salam takziah buat keluarga. Berbanggalah punya mereka yg sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara!

    Allahuakbar!

  • abg cik March 21, 2013, 4:13 pm

    takziah kepada balu

Leave a Comment