![]()
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Bila kali pertama anda mendaftar akaun e-mail? Kalau saya, tak silap saya daftar sekitar tahun 2002 di Yahoo! Mail sebab nak dapatkan akaun Geocities. Kemudian e-mail tu digunakan untuk mendaftar nickname di IRC. Dan kemudian akaun tersebut saya fikir sekarang tak wujud lagi ataupun sudah penuh dengan spam. Kemudian apabila Google memperkenalkan GMail sekitar 2004, saya beralih menggunakan perkhidmatan e-mel tersebut sehingga ke hari ini. Masa tu, GMail perlukan jemputan macam Google Plus atau Google Music sekarang ni.
Okay, itu pengenalan ringkas sebelum saya fokuskan kepada tajuk ‘Kenapa E-Mail Perlu Guna Nama Sendiri?’. Sebenarnya soalan ini bakal dijawab oleh anda di akhir tulisan ini. Jadi, apa kelebihan gunakan nama sendiri di e-mel berbanding nama samaran?
Perkara paling utama ialah nampak kemas dan professional. Ramai antara rakan blogger sekarang bekerja dan menuntut di institusi pengajian tinggi. Tugasan semua dalam bentuk softcopy dan cara paling mudah untuk hantar kepada rakan sekumpulan ialah menggunakan e-mel. Kalau ditulispun, nampak kemas. Berbanding bila gunakan nama samaran, bila ditulis mungkin akan timbul kekeliruan, lalu dimarahkan rakan salah menghantar tugasan.
Di dalam resume, alamat e-mel turut memberi pandang pertama yang positif. Seorang pakar kaunseling pernah memberitahu alamat e-mel yang menggunakan nama sendiri memberi gambaran bahawa orang yang ditemuduga ialah seorang yang professional dan bertanggungjawab. Itu dari sudut psikologi!
Kalau dulu kita bertukar nombor telefon, sekarang semua nak bertukar e-mel (walaupun tak jugak sebenarnya). Maklumlah, nak add di Facebook dan Twitter mestilah guna e-mel, nak tambah guna nama susah nak dihafalnya. Jadi, bila guna nama sendiri contohnya adam.roslan, senang untuk dihafal. Tambahan, tak timbul soal kekeliruan dan kalau untuk tujuan perniagaan tak segan sangat nak kongsi alamat e-mel. Umur dah 25 tapi masih guna remajahensem84, gadis_comel19 dan sebagainya.
Cukup tak beberapa sebab kenapa anda perlu gunakan e-mel dengan nama anda sendiri? Jadi kalau anda terpengaruh dengan pujukan ini dan ingin mendaftar akaun e-mel baru dengan nama anda, saya kongsikan beberapa tips mendaftar email secara professional.
- Pertama, gunakan penyedia e-mel GMail kerana kurang kerenah selain anda dapat akses ke perkhidmatan Google yang lain seperti Blogspot, Google Calendar dan Google Docs. Berbanding Yahoo Mail, e-mel akan kerap dihantar ke peti sampah akibat dicop spam walaupun sebenarnya e-mel itu penting. Jadi, takkan ada isu lagi e-mel dihantar ke peti sampah dengan GMail.
- Kedua, Gunakan dot (.) untuk memisahkan nama anda dan nama bapa, contohnya adam.roslan atau emel.saya@gmail.com dan bukannya underscore (_). Pada saya, dot lebih menarik berbanding underscore. Apa kata anda?
- Ketiga, buat akaun khas untuk akaun sosial seperti Facebook, Twitter dan Foursquare dan jangan campur aduk dengan e-mel peribadi/kerja. Tujuannya agar e-mel kerja anda tidak dipenuhi dengan e-mel notifikasi daripada Facebook. Sekali buka inbox, ada 43,394 e-mel belum dibaca, mana nak cari e-mel kerjanya. Solusinya, letak perkataan social di alamat e-mel anda seperti adam.social@gmail.com. Mudah dihafal.
- Lagi hebat gunakan domain dengan nama anda dan forward-kan ke akaun GMail, contohnya hello@namaanda.com :)
P/s – Kawan kawan dah mendaftar akaun e-mail Kerajaan Malaysia di MyEmail.my?
P/s/s – Untuk tujuan keselamatan, Saudara Affan Ruslan menasihatkan agar menggunakan e-mail random untuk akaun sosial bagi mengelakkan hacker dapat meneka e-mail dan seterusnya hack akaun anda.

Leave a Reply