IKEA Meatballs Halal

IKEA Meatballs Halal

Dua tiga hari ini kecoh tentang status halal produk keluaran Secret Recipe dan makanan di IKEA Restaurant. Petang semalam, pegawai berkenaan daripada Secret Recipe mengumumkan bahawa produk mereka bebas daripada menggunakan bahan mentah yang mengandungi unsur babi.

IKEA Meatballs Halal

Hari ini, status halal makanan di IKEA Restaurant seperti IKEA Meatballs masih menjadi tanda tanya. Menurut salah seorang blogger, Cik Yanmie (menulis di Yanmie Online), beliau menelefon IKEA Mutiara Damansara bagi mendapat pengesahan perkara ini. Semua produk makanan di IKEA Restaurant adalah disahkan halal kerana mempunyai sijil halal yang dikeluarkan oleh JAKIM kepada pembekal bahan mentah mereka iaitu Macfood Services. Sijil halal mereka dapat dilihat daripada laman web Halal JAKIM dengan kata kunci “Macfood Services“.

Sebagai pengguna, saya sendiri terkejut dengan isu ini. Saya juga perlukan penjelasan daripada pihak IKEA Mutiara Damansara bagi membetulkan keadaan. Walaubagaimanapun, banyak perkara yang perlu diambil berat termasuk cara penyediaan, cara sembelihan, dan tukang masak dan penyedia yang beragama Islam bagi meyakinkan bahawa makanan di sana adalah Halal dan selamat dimakan.

Comments

70 responses to “IKEA Meatballs Halal”

  1. blogkereta Avatar

    ini kes lama naik balik…. kalau dah kapir tu… memang tak peduli sangat la… hal muslim….

    kalau perati2 la… area ikea MD tu dah macam bukan kat Malaysia…. :(

    1. Adam Roslan Avatar

      Sekarang ni semua orang nak buat spekulasi, bila IKEA FOOD tutup, macam macam kata. Apa pun tunggu pengesahan daripada pihak IKEA sendiri. Kalau semua nak tunjuk pandai, habislah.

      Haha. Semua pengaruh BARAT diletakkan dalam satu tempat, mana nak nampak TIMUR lagi, semua BARAT.

    2. tea Avatar

      btol3 . :|

  2. mrs.yie Avatar

    dalam resepi masakan kat restoran@hotel sekarang ni rasa was2 je..buat sendiri lagi bagus..hehe :)

    1. Adam Roslan Avatar

      Kalau dah kahwin senang, masak-masak dengan isteri, tak payah nak was-was cara penyediaan, bahan mentah dan sebagainya. Duit pun jimat :)

  3. luqman hakim Avatar

    memang halal..hehe sbb da bace da kelmarin!ade blogger send email dekat pihak iKEA.

    1. Adam Roslan Avatar

      Keadaan akan menjadi tenang bila IKEA sendiri buat kenyataan umum berhubung penutupan IKEA Restaurant dan sijil Halal oleh Jakim.

  4. kayrul Avatar

    sana sini citer pasal Ikea restaurant… tak pernah try lagi….tengok gambar tue pun dah kasi meleleh air liur nie…harap halal…dah ramai yang g makan kat situ…

    1. Adam Roslan Avatar

      Insya Allah. Kalau tak halal, lama lagi IKEA keluarkan kenyataan atau letak tanda tidak halal di pintu masuk. Hanya pendapat.

  5. nohoho Avatar

    tak penah makan pun

    1. Adam Roslan Avatar

      Rasa biasa macam bebola daging dalam Bakso. Hehe.

  6. wani Avatar

    skg ni mcm2.. SR la apa la.. lebih baik jgn mkn kalau was2.. :)

    1. Adam Roslan Avatar

      Setuju. Jangan makan kalau was-was.

  7. akubiomed Avatar

    Tidak pernah merasa Meat Ball Ikea ini tapi pada pendapat kalau sudah was-was elakkan makan.

    1. Adam Roslan Avatar

      Kalau lepas ni ada kenyataan Meatball IKEA ni halal, datanglah merasa di IKEA Mutiara Damansara.

  8. pengguna tak puas hati.. Avatar
    pengguna tak puas hati..

    dia cakap meatball ikea halal hanya untuk sedapkan hati pengguna…mana bukti mengatakan halal?klau stakat ckp..semua org boleh ckp…

    1. Adam Roslan Avatar

      Kalau kita tengok sijil Halal yang dikeluarkan kepada Macfood Services, memang ada Beef Balls / Beef Meatball yang halal.

      3. BEEF BALLS / BEEF MEATBALL 30/09/2012

  9. ZouL Avatar

    nsb baik masih halal..haha..sedap tuu

  10. Blogberry Emryâ„¢ Avatar

    tak pernah jumpe pun meatball IKEA

    1. Adam Roslan Avatar

      Kena datang IKEA Ikano Power Centre Mutiara Damansara untuk merasa.

  11. Hana Avatar

    dah disahkan halal ye..
    mcm2 isu d bgkitkan..

    1. Adam Roslan Avatar

      Kita tunggu lagi kenyataan daripada pegawai IKEA ok. :)

  12. hafizquran Avatar

    salam. baguslah ramai yang sensitif isu halal. walaupun hakikatnya, kita bukan stakat perlu tekankan bab halal..tetapi juga bab toyyibah. sebaiknya, segala yg ada unsur syubhah tu dijauhkan.

  13. cik ems Avatar

    ramai betul peminat meatball ikea. :)

  14. freeman Avatar

    moga semua telus dalam isu macam ni

  15. pupel Avatar

    banyak kes macam ni..was2 je jadinya huhu

  16. anastasyea Avatar

    Kalau pergi IKEA memang rugi kalau tak singgah situ untuk menjama selera :D

  17. kie Avatar

    ..,,kalau was-was ..baik jangan makan..baik bawa bekal..roti ko nasi..

  18. Creatives Wardah Avatar

    Lorr.manyak sudah masuk perut maa

  19. tatkala Avatar

    sebab tu tatkala sendiri jarang nak makan kat luar bersama anak & isteri.kerana was2 dgn masakan luar..nanti jadi haram plk.lebnih baik masak dirumah saja..

  20. bazilah hashim Avatar

    kire belum confirm lagila eh? buat meatball pakai daging ramlee jelah camni

  21. shalleyshalina Avatar

    dah 2 tahun tak menapak ke ikea T_T

  22. rafiqa Avatar

    semalam g IKEA, food court die tutup agi, ngidammm!-.- hehe

  23. MEKAR Avatar

    ikea ni depan rumah saya. sibuk benar dah kawasan sini. Tapi sya tak penah makan meat ball di situ. sebab kalu pegi situ, orang selalu ramai. rungsing la saya terus balik rumah.

    psst: selalu dgr ia mjadi sebutan.

  24. cik eya Avatar
    cik eya

    mintak share tau :)

  25. tiefazatie Avatar

    ala..kalu ssh sgt..masak sendiri je kalu was2 kan2..hihi

  26. sud@is Avatar

    bila confius halal haram…tentu nak makan pun was-was

    kalau was-was elok lah tidak makan..tgu clear baru makan

  27. phat Avatar

    pilih la makanan yg betul2 halal..byk sgt keraguan sekarang ni…seb baik aku x leh mkn daging lembu / kerbau hehe

  28. syufa Avatar

    hehe..boleh mkn la cmni! :)

  29. cik myra Avatar

    fuhh. alhamdulillah halal. hehe. lepas ni bole pegi makan lagggii xD

  30. Ira Avatar

    btol ea halal?alhamdulillah br je lps mkn 2weeks ago..
    kalo x halal camne la nt..:((
    hope pasni xda isu berbangkit mcm ni lagi..

    1. kie Avatar

      kalu dh termakan tu..nk buat cam maner..lepas ni kena..hati2, sy pun dh g sana…2x..

  31. nadilah Avatar

    Apa kata, kita pakat2 cari resepi meatballs tu dan buat sendiri kat umah ..mesti gerenti halal dan sedap..

  32. eikieyn Avatar

    ntah la..kin dari dlu tak minat meatballs. IKEA nye aritu da penah jugak try…tp sbb tekak melayu sgt kot..selera tu tak dtg. :P

  33. efa Avatar

    tapi haruslah kita ketahui yang food court IKEA TIDAK PERNAH memohon sijil HALAL dari JAKIM. walaupun mereka mendapatkan bekalan dari pembekal MACFOOD SERVICES, bagaimana pula dengan makanan2 lain, cara penyediaan makanan dan sbginya..

  34. misyamissyou Avatar

    khabar angin! hmm lepas ni leh singgah lg makan meatball sbb tu hnye kahabar angin..

  35. mjali Avatar

    makanan timur lagi sedap..

  36. titan Avatar

    sedap sangat ker meatball ikea ni?

  37. izz Avatar

    tak pernah try pun. sdap ke?? haha

  38. Apih Avatar

    malaysia kan dah nak jadi amarika. biasa la tu

  39. eddie Avatar

    mcm2 la kat malaysia sekarang…

  40. H.U.S.M.Y.N.A Avatar

    Walau pun belum pernah makan ni…..tapi dah x teringin dan x rasa nak try dah meatball ni walau apa pun statusnya……banyak lagi makanan lain dlm Malaysia ni dok ada….

  41. Hareez Haiqal Shaari Avatar

    sedapnya..nk try gak!
    jop nengok blog..huhu

    http://elefunz.blogspot.com

  42. kie Avatar

    ikea ni kan syarikat sweden..depa..buat tk kisah pasal makanan..skrng bnyk kedai..nk untung je..halal haram no2

  43. dya adriza Avatar

    bila da kata haram nih.. bila buat kenyataan kata halal pun, still rasa mcm ragu2 je.. paling sedih.. secret recipe la. favourite tuh..

  44. courfey corner Avatar

    aq dh telan byk kot meatball die…
    mngmnt ikea kate nk samak food court die…
    n ade sumber kate bkn meatball die yg bmslh…
    pape pon…
    len kli msk je kt umh…
    mkn kat gerai pon blum tentu halal sbb care msk n psekitaran die pon blm tntu ckup syarat tuk d label halal…

  45. bantalbucuk Avatar

    sedap ke meatball ni sebenarnya..? ramai orang dok kate sedap..huhu

  46. fisa Avatar

    tak pernah makan & tak pernah rasa nak makan pun..
    TAPI ramai yg ajak makan kata mereka sedap sesangat2…

    **psst kalau ada keraguan d dlam hati JANGAN makan…sebab ianya akan menjadi darah daging kita…;)

  47. fm Avatar

    serious ke?

  48. rexx Avatar

    huh. mcm2 isu skrg ni kan.. bhaya ni..
    btw, thanx 4 visiting my blog bro. XD

  49. mime Avatar

    emm mmg disahkan halal ye..
    tak pernah ag mkn..
    hu3..secret resipe 2 ada la telan..
    adess mcm2

  50. Faridzuan Avatar

    Okay, tak perlu lagi was-was dengan Meat Ball tu, dah rasmi, sah HALAL. Asalkan penyediaannya perlu diselia utk mengelakkan benda2 tuuut masuk dalam masakan. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *