Hari ini Ali Fi berkongsi satu video menarik tentang fakta Student Power yang cuba oleh Adam Adli dan rakannya. Bagi yang melihat isu ini berat kepada permainan politik, terpulang. Tapi bagi pendapat peribadi saya, saya melihatkan dia sebenarnya sedang cuba mengembalikan zaman kegemilangan ‘student power’ di institusi pengajian tinggi.
(more…)
Tag: adam adli
-

(VIDEO) Apa Perjuangan ‘Student Power’ Adam Adli?
-

(GAMBAR) Adam Adli, Safwan Anang Dicederakan Polis
Ketika kedatangan tahun baru disambut meriah di seluruh negara, berbeza di Tanjung Malim apabila tahun 2012 dicemari insiden berdarah. Perhimpunan aman menuntut Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bertukar ganas apabila pihak polis dipercayai memukul salah seorang peserta perhimpunan.
Mangsa yang didakwa patah tulang rusuk ialah Pengerusi Badan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Akademi (Bebas) yang juga Timbalan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Safwan Anang Talib.
(more…) -

(VIDEO) Panglima Melayu Ugut Tampar dan Ludah Mahasiswa
Armand Azha yang menggelarkannya Panglima Melayu mencetuskan kontroversi apabila videonya mengugut mahasiswa dipercayai bernama Adam Adli yang menurunkan bendera Dato’ Seri Najib Razak di PWTC dengan menampar dan meludah.
Akibat terlalu taksub dengan parti yang dibawanya maka terus hilang peradaban Melayu dan menuduh mahasiswa tersebut adalah pengikut kepada Anwar Ibrahim. Walaupun berbeza fahaman, apa yang ditunjukkan dalam video adalah keterlaluan dan hanya memalukan bangsa Melayu.


