Tag: baucar buku 1malaysia

  • Baucar Buku 1Malaysia diedar 4 Mac

    ?

    Pihak UiTM melalui Unit Kewangan mengumumkan Baucar Buku 1Malaysia sudah diedarkan mulai 4 Mac (Rabu) di Unit Kewangan UiTM kampus masing-masing.

    Pelajar perlu membawa kad pengenalan dan kad pelajar sebagai bukti untuk menuntut Baucar Buku 1Malaysia. 

    Perdana Menteri Najib Razak semalam menasihatkan agar pelajar menggunakan baucar ini dengan berhemah. 

  • Senarai Kedai Buku Terima Voucher Buku 1Malaysia

    Senarai Kedai Buku Terima Voucher Buku 1Malaysia

    20120116-230741.jpg

    Lepas claim voucher anda, ramai yang tanya bagaimana untuk menukarkan voucher anda di kedai buku dan kedai buku manakah yang menerima pembelian buku dengan voucher buku 1 Malaysia ini.

    Antara kedai yang menerima pembelian dengan baucar buku ini ialah rangkaian kedai buku Popular, MPH dan Popular di seluruh Malaysia.

    Walaubagaimanapun, anda boleh sendiri menukarkannya di mana-mana kedai buku yang menerima pembelian dengan voucher, tanya di kaunter pembayaran sebelum membuat pembelian.

    Pembelian anda mestilah melebihi atau sama harga dengan baucar kerana baucar tidak boleh ditukarkan dengan wang tunai dan baki tidak akan dikembalikan.

  • Cara Tebus Baucar Buku 1Malaysia UiTM Shah Alam

    Cara Tebus Baucar Buku 1Malaysia UiTM Shah Alam

    Cara Tebus Baucar Buku 1Malaysia

    Kesinambungan daripada entri terdahulu, hari ini saya sendiri ke Unit Kewangan 4 UiTM Shah Alam untuk menebus Baucar Buku 1Malaysia bernilai RM200. Prosedurnya mudah, anda boleh ke mana-mana Pejabat Bendahari atau Unit Kewangan di UiTM Shah Alam atau Pejabat Bendahari Kampus Cawangan. Bagi pelajar Masscomm, anda boleh ke Unit Kewangan Zon 4 yang terletak di Fakulti Matematik dan Sains Komputer, bersebelahan Fakulti Pergigian.

    Apabila tiba giliran anda, anda dikehendaki menunjukkan kad matrik dan kad pengenalan untuk pengesahan. Kemudian, pegawai akan memberikan anda empat keping baucar untuk ditulis nama dan nombor kad pengenalan. Selesai!

    (more…)