≡ Menu

Akhirnya, ada Internet!

Akhirnya Ada Internet

Eh, datang hujung minggu terus hilang. Kempen sehari empat posting masih berjalan macam biasa. Mungkin hari pertama nampak bersemangat dengan empat posting, termasuk posting gambar banjir di Negeri Perlis. Menurut rakan di Kangar, keadaan masih belum berubah dengan beberapa kawasan masih digenangi air. InsyaAllah, dalam dua tiga hari lagi akan surut.

Oh, hujung minggu apa program? Tidak kemana. Cuma sibuk menyiapkan tugasan yang ditangguhkan. Siap cepat, hidup pun bahagia. Hari ini, sebagai penutup minggu, saya sibuk menjalankan penggambaran drama German untuk Bahasa Ketiga German. Selepas pulang, saya terus ke Plaza Alam Sentral (PAS) Shah Alam untuk membeli Maxis Broadband. Sebenarnya telah timbul keinginan untuk mendapatkan mobile broadband sejak permohonan TM Net Streamyx kami ditolak. Akibat terlalu sibuk, beginilah jadinya. Akhirnya hari ini terbeli juga. Setibanya di rumah, Kojang dan Gubir turut ada niat yang sama untuk membeli mobile broadband ini. Sekali lagi kami ke Plaza Alam Sentral. Kojang membeli Celcom Broadband, Gubir pada mulanya berminat dengan P1 WiMax tetapi penyedia Internet tersebut tidak mempunyai liputan di Seksyen 6. Teruknya!

Maxis Broadband Shah Alam

Moga berkekalan sehingga ke hujung bulan

P/S: RM100 untuk pendaftaran beserta modem dan kontrak 6 bulan untuk Maxis Broadband. InsyaAllah kalau ada masa, pusing pusing sikit di Internet, boleh lah dapat duit poket untuk membayar bil. RM100 ni pun hasil Internet juga!

Other articles you might like;

0 comments… add one

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3