Author: Adam Roslan

  • DMC3E Berfotografi!

    DMC3E Berfotografi!

    Assalamualaikum.

    Entri hari ini banyak berkisar tentang Adam dan DMC3E. Setelah penat ke Kuala Lumpur hilang, Adam telah demam. Mungkin terlalu letih. Hari ini seperti biasa, bangun pagi dan untuk ke kelas pada jam 8.30. Hari ini kelas pertama ialah CTU. Kami hanya mendengar persembahan daripada Syafiq dan Fadh tentang tajuk kajian beliau – Adab Guru dan Pelajar.

    DMC3E bersama Mr Afiq

    DMC3E bersama Mr Afiq

    Pada tengah hari, kami ke kelas Journalism — Madam Raihan banyak bercerita tentang group assignment kami. Bangaimana untuk menyiapkan laporan interview kami. Selesai kelas, Adam bersama group members Psychology ke perpustakaan untuk menyiapkan proposal bagi kajian kami — Domestic Violence Against Men. Adam bersama Ima, Azza dan Ima berada di perpustakaan bertungkus-lumus menyempurnakan proposal yang perlu disubmit esok sementara menanti jam 3 petang untuk ke kelas Photo Communication di Tasik Tun Fatimah.

    (more…)

  • Bawaku Terbang

    Bawaku Terbang

    Lagu ini didedikasi kepada classmate Adam, Ima Aimi Nadia yang amat meminati lagu nyanyian Cat Farish bersama The Fabulous Cats berjudul Bawaku Terbang. Lagu ini turut dinyanyikan oleh beliau semasa program PPKP baru-baru ini. Nah Ima!

    (more…)

  • Cabaran Berdakwah Melalui Persuratkhabaran

    Cabaran Berdakwah Melalui Persuratkhabaran

    Assalamualaikum WBT

    Hari ini Adam bersama ahli kumpulan; Ima Aimi Nadia, Sharifah Nuraini, Nur Azzah dan Nina Syakila telah berkesempatan ke Pejabat Editorial Utusan Melayu di Chan Sow Lin. Tujuan kami ke sana adalah untuk menjalankan temuramah dengan Ketua Pengarang Meja Agama Utusan Malaysia; En. Radzi Md Zain bagi menyempurnakan tugasan bagi kursus JRN211 – Journalism bertajuk “Cabaran Berdakwah Melalui Persuratkhabaran”

    Kami bertolak dari UiTM Melaka dengan menaiki bas Mara Liner tepat jam 8.45 pagi dan tiba di stesen bas Pudu Raya jam 11.00 pagi. Setibanya di sana, kami bergerak ke Pejabat Utusan yang terletak di Jalan Lima off Jalan Chan Sow Lin dengan menaiki LRT dari stesen Plaza Rakyat dan turun di LRT Chan Sow Lin sebelum menaiki bas ke Jalan Lima.

    (more…)

  • Pasang Adobe CS3 di Windows Vista

    Pasang Adobe CS3 di Windows Vista

    Salam.

    Mungkin tajuk ini kalau dialih bahasa dalam bahasa Inggeris akan berbunyi – Install Adobe (Creative Suite 3) CS3 on Windows Vista. Baru-baru ini Adam mendapat soalan daripada seorang rakan tetang bagaimana untuk memasang perisian Adobe CS3 ke dalam sistem operasi Windows Vista. Soalan ini telah beberapa kali ditanya dan kini, dapatkan penyelesaiannya.

    Mungkin masalah seperti tetingkap pemasangan akan terpadam selepas beberapa saat membuatkan anda tidak dapat meneruskan proses pemasangan Adobe CS3 anda. Hal ini berlaku kerana installer Adobe CS3 adalah menggunakan 32-bit berbanding Windows Vista yang memerlukan program 64-bit. Jadi, kita hanya perlu menukarkan program 64-bit Windows Vista agar sesuai dengan Adobe CS3 kepada 32-bit. Hanya dengan 3 langkah mudah.

    (more…)

  • Menunggu Mu

    Nadia’s Picture Show – Menunggu Dirimu

    Semuanya kan berakhir
    Kiranya kau kan mungkir
    Tetapku menunggu mu
    Untuk kau terus berfikir

    Jangan kau anggap ini semuanya
    Hanya mimpi yang tak berharga
    Jangan kau hampa tentang isinya
    Kenangan yang telah kita bina

    Hanyaku yang inginkan semua
    Untuk kita terus berdua

    Ku kan terus tersiksa
    Kiranya aku tetapkan menunggu dirimu
    Harusku menahan semua kisah cintaku
    Jauh, jauh….
    Jauh…

    [audio:http://www.rs.com.my/data/Nadias_Picture_Show_-_Menunggu_Dirimu.mp3]
  • Gathering Reflector Studio 02/08

    Gathering Reflector Studio 02/08

    Assalamualaikum WBT.

    Pada Sabtu lepas, 2 Ogos 2008 warga Reflector Studio telah mengadakan gathering untuk kali kedua di Cheras, KL pada tahun ini. Gathering ini disertai oleh sebahagian ahli Reflector Rovers dari Melaka, Bangi, Ipoh dan Perlis.

    RS dan PR di Kg. Baru

    Reflector Studio dan Putra Rovers di Kg. Baru ketika aktiviti makan malam.

    Antara aktiviti menarik sepanjang gathering ringkas ini ialah makan-makan, round KL, ke PC Fair KLCC dan melepak di Bukit Permai. Walaupun sibuk dengan assignment dan perkara lain, namun semua ahli Reflector Studio dapat berkumpul dan meluangkan masa untuk bertukar-tukar pendapat setelah lebih sebulan tidak bertemu.

    Antara yang hadir semasa gathering tersebut ialah:

    Melaka – Adam, Hafiz, Bugis, Amer
    Ipoh -Nu’man
    Bangi – Afiq
    Perlis – Fakhrul, Amran, Lan, Mart
    Tuan Rumah – Che Din

    Terima kasih kepada Che Din kerana sekali lagi telah memberi tempat tidur yang amat selesa di rumahnya di Taman Cheras Indah. Semoga kita bertemu lagi.