Author: Adam Roslan

  • Fairlady di Kangar

    Fairlady di Kangar

    Melilau di Kangar pada petang hari merupakan suatu yang rutin pada zaman cuti yang panjang ini. Bosan dengan tiada aktiviti khusus menjadikan saya seperti seorang kuntar yang tergolong dalam kategori merisaukan. Selepas selesai beberapa urusan bersama Amran Ali termasuk makan tengahari di Pizza Hut Kangar, ke kedai ‘persenta kong’ Ah Soon di Taman Kemajuan, saya ke Bee Aik Kangar untuk satu tujuan. Memandangkan bacaan meter Majesty saya sentiasa 0 mph dan lampu minyak enjin yang sentiasa berkelip, saya ke sana untuk menjalankan servis berkala.

    Seperti apa yang dijangkakan, mereka dan kedai motor sekitar Perlis langsung tiada menyimpan stok untuk kabel brek Yamaha Majesty YP250. Sebelum ini ada meminta bantuan En Shaiful untuk mendapatkan harga barangan tersebut, tapi kedai tersebut masih gagal  dihubungi. Lalu, dengan kepakaran yang ada mereka menggantikan kabel meter Yamaha Virago untuk Yamaha Majesty. Prestasinya cemerlang. Selesai servis, kuda besi ini dipercayai bergerak dengan lebih lancar.

    Apa yang menarik perhatian di kedai tersebut ialah sebuah Nissan Fairlady 350Z yang diparkir di belakang kedai. Kata Amran, beli kereta mahai mahai parking bawah pokok pisang. Terbaik.

    Menurut sumber yang boleh dipercayai, kereta ini adalah milik tokey Bee Aik Motor. Sebelum ini beliau menggunakan (dibaca menaiki atau memiliki) sebuah Toyota Silvia. Kemudian menaik taraf kepada Nissan Skyline R35 sebelum menggunakan Nissan Fairlady ini. Baguslah, sekarang dah ramai anak muda di Perlis segak bergaya dengan kereta sukan mereka. Saya menanti rakan-rakan terdekat untuk menyambar satu. Boleh merasa naik kereta sukan.

  • Festival Belon Udara Panas Kedah 2010

    Festival Belon Udara Panas Kedah 2010

    Tadi petang, Mat Arip dan Naqib adakan satu agenda untuk mengisi masa lapang kami untuk petang Jumaat. Kami menuju ke bandaraya Alor Setar untuk melihat sendiri kemeriahan Festival Diraja Belon Udara Panas Negeri Kedah 2010. Karnival ini akan berlangsung selama dua hari bermula hari Jumaat dan Sabtu.

    Naqib yang semangat berkobar-kobar untuk kesana rupanya ada agenda tersembunyi. Apa lagi, jumpa marka lah. Ketibaan kami di sana disambut dengan kesesakan jalanraya sepanjang jalan masuk ke tempat kejadian. Sibuk. Lebih kurang 7.00 petang baru kami dapat turun dan akhirnya tiada lagi belon udara yang dilepaskan untuk tontonan. Yang ada cuma dua biji belon yang naik dan turun. Anda boleh naik belon ini setinggi 10 meter dengan bayaran RM10 seorang. Cubalah. Gambar oleh Anna Farhana.

  • iPhone 4G bakal dilancar 7 Jun

    iPhone 4G bakal dilancar 7 Jun

    Haritu marah-marah sebab iPhone ni guna kredit tanpa henti. Tapi kasih dan cinta pada iPhone masih belum terpadam. Sebelum ini ada ura-ura untuk menyambar iPhone 3Gs 3.1.3 yang dijual murah di pasaran lambak. Kemudian fikir kepada faktor komitmen untuk membayar data plan, saya batalkan hasrat itu. Fokus kepada tajuk, pengasas Apple, Steve Jobs akan melancarkan iPhone 4G di Worldwide Developer Conference 2010 atau WWDC 2010. Walaupun ramai yang berkata isu ini hanya khabar angin, tapi beberapa gambar iPhone 4G telahpun dibocorkan.

    Rekabentuk berkotak menggantikan sudut bulat iPhone terdahulu. Gambar ehsan Gizmodo

    Cool bukan? Anda boleh meneruskan pembacaan di Gizmodo.com. Namun, tiada teaser atau bayang-bayang awal yang dikeluarkan oleh pihak Apple secara rasmi di laman web mereka.

  • Demam Makan Ubat

    Demam Makan Ubat

    Kalau ikut perkiraan, hari ini dah cukup seminggu saya demam. Kejadian demam sekarang sudah menjadi kebiasaan kerana perubahan faktor cuaca yang cepat. Sekarang berada dalam aircond dalam kereta, sekejap turun nak beli surat khabar dan masa nak masuk dalam kereta hujan turun, kena pulak hujan. Ramai yang nasihat kalau demam masa sekarang ni, kena jumpa doktor takut-takut ada simptom Influenza H1N1. Gelombang kedua akan menyerang, kata Kementerian Kesihatan Malaysia. Macam biasa, minuman rasmi sepanjang minggu ini ialah ais suam atau air kosong.

    Dah cukup seminggu demam, semalam saya ke Klinik Ehsan. Klinik ini adalah klinik panel untuk keluarga saya. Kod pendaftaran pun adalah antara yang terawal. Maksudnya kami dah lama berurusan di sini. Kalau siapa-siapa demam, kami akan ke sini. Semalam yang check pun doktor muda, anak Dr. Ismail Nayan mungkin. Dr. Ismail Nayan sekarang mungkin dah senang lenang duduk rumah tengok Astro atau hirup angin segar di Kuala Perlis.

  • Majalah SISA SE SAAT oleh Sisi Seni

    Majalah SISA SE SAAT oleh Sisi Seni

    Sekadar nak maklumkan kepada rakan-rakan bahawa Sisi Seni akan melancarkan majalah pertama mereka — Sisa Se Saat di Central Market Annexe pada 12 Jun jam 5 hingga 7 petang. Sisi Seni ialah:

    Komuniti anak seni hasil garapan pencinta-pencinta seni yang memperjuangkan kesenian dari aspek seni yang lebih matang. SISI SENI menghimpunkan beberapa anak muda petah berbicara, galak berkarya, berkhalwat mencari sesuatu yang baru untuk seni, bagi meneruskan kamatangan seni. Berperanan sebagai agen untuk menyampaikan dan menyuarakan, menerusi idea-idea seni seperti teater, monolog, sastera ilmiah, filem pendek serta dokumentari.

    Berbalik kepada majalah Sisa Se Saat ini akan memuatkan hasil penulisan beberapa pemikir muda seperti Nadia Zalika, Abul Juyahir, Eezat Asyiq, Michi Nizam, Param, Aqlil Aizat, Nadia, Askarsusu dan Joe BAnaya. Maklumat lanjut berkaitan Sisi Seni dan Majalah Sisa Se Saat anda boleh terus ke laman blog atau laman Facebook mereka.

  • Clean and Clear Top Models

    Clean & Clear Malaysia menganjurkan — The CLEAN & CLEAR “Top Best Friends Models” dimana pencarian 15 pasangan di Hong Kong, Taiwan, Singapore, Malaysia, Indonesia, Vietnam, dan Philippines. Pemenang dari setiap negara akan memenangi SG$5000.00 dan trip pelancongan ke Singapura disamping berpeluang menghadiri latihan model secara professional dan menjadi finalis pertandingan akhir di Singapura.

    Cara untuk sertai pertandingan ini cukup mudah. Anda hanya perlu DAFTAR, UPLOAD GAMBAR dan UNDI. Anda boleh klik URL ini untuk maklumat lanjut :)

    ***

    Saya dapat tahu ada beberapa orang wakil daripada batch saya yang sertainya, jadi apa salahnya kalau kita support mereka. Klik link di bawah untuk vote. Kalau ada yang terbaru, saya akan update.

    1) Nurasyikin Alfian & Natrah Ahmad

    2) Maruxa Lomoljo & Mimi Rani

    3) Aisha Mohamed & Rina Sarah

    4) Sharmeen Mint & Shahirah Zulkifly

    P/S: Saya tak tau tiba tiba datang semangat apa nak buat posting ni. Vote lah untuk mereka ;)