
Selepas mengumumkan bahawa Hotlink bakal menamatkan BIS Bonus pada 31 Julai nanti, hari ini di laman web mereka mengumumkan pakej baru untuk plan pra bayar Blackberry Internet Services. Dua plan yang ditawarkan ialah BIS Lite Package dan BIS Social Package.
Hotlink BIS Lite Package menawarkan perkhidmatan BBM, 1 BlackBerry email dan intergrasi e-mail pihak ketiga seperti GMail dan Yahoo Mail selain daripada IM seperti Live Messenger, Yahoo! Messenger dan Google Talk. Untuk BIS Lite ini, anda tidak boleh bersosial di Facebook dan Twitter atau cas akan dikenakan.
Berbanding Hotlink BIS Social Package, anda akan diberi akses BBM, akses ke Facebook, Twitter dan MySpace serta kemudahan Instant Messaging seperti Live Messenger, Yahoo! Messenger dan Google Talk. Anda tidak akan menerima push e-mail daripada BB Email atau GMail.
Situasi di bawah mungkin menerangkan pakej mana yang sesuai untuk anda.
- Siti seorang yang suka berutus e-mail dengan rakan penanya di Russia dan menjalankan perniagaan Internet. Dia memerlukan BBM, dan email untuk membalas e-mail rakan atau pelanggannya. Dia sesuai untuk melanggan BIS Lite Package kerana tidak perlu mengakses ke Facebook.
- Amran suka bersosial di Facebook dan Twitter dan tidak sekali menggunkan e-mail untuk apa-apa tujuan. Blackberrynya ialah semata-mata untuk Facebook. Dia boleh melanggan BIS Social Package.
- Adam seorang penulis blog. Dia perlu berinteraksi dengan pelawatnya melalui e-mail dan Facebook dan Twitter. Blackberrynya digunakan sehabis mungkin untuk kedua-dua kemudahan e-mail dan rangkaian sosial. Dia perlu melanggan Hotlink Prepaid BIS Plan, RM98.00 sebulan. (Kecewa)
Harga bagi kedua-dua pakej BIS Lite dan BIS Social ialah RM1 sehari, RM7 seminggu dan RM30 sebulan; kecuali pakej ketiga tanpa had RM98.00 untuk sebulan, RM 28 sebulan dan RM 2.50 sehari.

P/S Kan senang kalau dia buat table cantik cantik macam atas ni. Takdala pengguna nak terkeliru.

Leave a Reply