Mitsubishi muncul dengan model Eco-Sedan terbarunya, Attrage untuk pasaran Malaysia. Konsep yang mementingkan penjimatan petrol ini sudah pasti membuatkan bakal pemilik kereta terpegun kerana mampu mencapai 21 kilometer dengan satu liter petrol.
Dikuasakan dengan enjin tiga silinder MIVEC 1.2 liter dengan berat kasar 1,000 kilogram, Attrage dilihat mampu menawan hati mereka yang mencari kereta untuk keluarga.
Didatangkan dengan tiga varian GL (transmisi manual), GS dan SE dengan aksesori premium seperti beg udara berkembar, sistem Anti Kunci Brek (ABS), Edaran Brek Elektronik (EDB) dan rim sukan 15 inci.
Varian GS didatangkan dengan kekunci pintar dan butang penghidup enjin, bukaan but kawalan jauh dan penyaman udara digital.
Varian premium SE yang dijual pada harga RM75,796.50 dilengkapi lampu LED siang, kit badan lebih bergaya, lapisan kalis haba keselamatan, kerusi bersarung kulit dan unit audio 2-DIN dengan kamera undur.
Mitsubishi Attrage untuk pasaran Malaysia diimport sepenuhnya, didatangkan dalam lima pilihan warna iaitu kelabu, putih, perak, merah dan biru.
Other articles you might like;